Ahad, 9 Disember 2007

Hi-Tea Untuk Kutip Dana Kebajikan

Ustaz Azman Syafawi menjadi tetamu bagi satu majlis Hi Tea untuk Tabung Kebajikan Pemuda DUN Batu Rakit yang di adakan pada 22 Nov 07 yang lepas. Walaupun sasaran kehadiran seramai 100 orang tidak tercapai, namun sambutan sangat menggalakkan daripada Pemuda yang sanggup hadir walaupun di buat petang hari bekerja. Kehadiran hanya sekitar 65 orang. Tetapi majlis agak meriah dengan adanya 5 hamper cabutan bertuah yang di sediakan oleh pihak penganjur.

Hasil jualan kupon majlis Hi tea tersebut sedang di gunakan sekarang oleh Lujnah Kebajikan Pemuda DUN yang sedang giat mengatur program ziarah ke cawangan-cawangan. Program ziarah ini di tumpukan ke rumah pemuda-pemuda atau keluarga yang daif samaada daif dari segi kesihatan mahupun kewangan. Ada juga melibatkan orang tua uzur yang secara langsung juga adalah ibu bapa kepada pemuda-pemuda itu sendiri.

Selasa, 4 Disember 2007

CABARAN PEMUDA

Tenggelam timbul. Beberapa bulan tak update, hari ni rasa nak sambung dan hidupkan semula blog ni. Yelah, kalau tak menulis di sini, kat mana lagi nak asah bakat dan rakamkan isihati. Kalau dalam diari biasa, lepas habis tahun akan terbuang begitu sahaja.

Pilihanraya semakin dekat. Harapan kepada Dewan Pemuda memperkasakan pergerakan Parti bagi memungkinkan kemenangan gemilang dalam PRU akan datang, nampaknya agak semakin hambar kebelakangan ini. Dewan Pemuda sendiri belum dapat membuktikan gerak kerja mereka mampu menampung harapan begitu besar yang di gantungkan kepada mereka. Setakat ini mengikut pemerhatian umum dalam Parti, atau mungkin lebih khusus berkait perkembangan gerak kerja di Terengganu, Dewan Pemuda (DP) belum lagi menunjukkan kewibawaan sebenar sebagai Pimpinan yang bersedia mengambil alih, memimpin sebuah kerajaan jika di beri kemenangan oleh Allah dalam PRU akan datang.

Kita tak bercakap berkenaan kesungguhan pimpinan utama DP, kerana mereka memang bersungguh. Mereka telah bekerja secara All Out bermula sejak sekian lama. Tetapi apabila di lihat kemampuan peringkat pertengahan, agak merungsingkan kita. Turun lebih bawah lagi ke peringkat DUN dan UPU lagi pening kita memikirkan tahap kerja mereka. Daripada situ di persoalkan sejauh mana kewibawaan kepimpinan utama menggarap pergerakan petugas Pemuda bagi memungkinkan gerak kerja berjalan dengan lebih lancar.

Sengaja di luahkan perkara ini walaupun mungkin hanya akan menambahkan lagi tekanan kepada petugas-petugas parti yang siang malam bekerja sekarang ini. Sementara menunggu gendang PRU di bunyikan bila-bila masa sekarang, muhasabah juga perlu di buat agar kesungguhan dapat di pertahankan. Pemuda perlu di cabar agar lebih bersemangat. Cabaranlah yang akan menambahkan kesungguhan Pemuda. Sebagai contoh, jika satu-satu program biasa yang di maklumkan supaya hadir, tidak ada kesungguhan Pemuda untuk turut serta. Tetapi jika di beritahu ada FRU atau sekatan- sekatan tertentu, maka kita akan melihat kehadiran Pemuda kita yang agak bersemangat..... sambung semula nanti InsyaAllah

Jumaat, 31 Ogos 2007

Ajk PAS Kawasan Setiu 2007 / 09

1 Mohd Pauzi bin Muda Yang Dipertua 019 9819442
2 Tengku Ahmad b T Hussain Timbalan YDP 013 9206060
3 Azmi bin Maarof Naib YDP 013 9078640
4 Haji Nik Razin b Nik Mat U Ulama' 013 9276348
5 Shaharizukirnain b Ab Kadir K. Pemuda/Penerangan 014 8424548
6 Hjjh Safinah binti Jusoh K. Muslimat 019 9570300
7 Mohamad Nazari bin Alias Setiausa 019 9108432
8 Haji Awang bin Talib Bendahari 019 9343602
9 Mohd Rosdi bin Ibrahim Keselamatan 013 9062684
10 Aminuddin bin Umat Ahli Jawatankuasa 019 9102966
11 Zul Bhari bin Abd Rahman Ahli Jawatankuasa 012 9013566
12 Tgk Nawawi b Tg Abd Kadir Ahli Jawatankuasa 019 9891140
13 Haji Hassan bin Karim Ahli Jawatankuasa 019 9847179
14 Haji Abd Aziz bin Seman Ahli Jawatankuasa 013 9168996
15 Wan Ramli bin Wan Abdullah Ahli Jawatankuasa 019 9847381
16 Nordin bin Said Ahli Jawatankuasa 019 9890745
17 Abdul Zaman bin Mohamad Ahli Jawatankuasa 013 9641553
18 Haji Shamsudin b Abd Wahab Ahli Jawatankuasa 019 9566956
19 Zakaria bin Abdullah Ahli Jawatankuasa 013 9397291
20 Haji Abdul Ghani bin Muda Ahli Jawatankuasa 09 6099684
21 Hassan bin Hitam Ahli Jawatankuasa 013 9217018
22 Haji Mohamad bin Awang Teh Ahli Jawatankuasa 019 9872964
23 Azman bin Ibrahim Ahli Jawatankuasa 019 9421964
24 Hassan Basari bin Wan Omar Ahli Jawatankuasa 019 9344980
25 Rosli bin Othman Ahli Jawatankuasa 013 9186612
26 Haji Mohamad bin Yaakub Ahli Jawatankuasa 017 9365098
27 Rozali bin Muhammad Ahli Jawatankuasa 014 8326017
28 Muda bin Abdullah Ahli Jawatankuasa 014 2959625
29 Haji Hasbullah bin Mat Ahli Jawatankuasa 019 9858340
30 Haji Baharun bin Abdullah Ahli Jawatankuasa 019 9363409
31 Azhar bin Jusoh Ahli Jawatankuasa 013 9832467
32 To' Puan Zaitun bt Salleh Ahli Jawatankuasa 013 9155004
33 Hjjh Maznah bt Muftahudin Ahli Jawatankuasa 012 9219758
34 Raja Endun bt R A Rahman Ahli Jawatankuasa 012 9593482

Rabu, 29 Ogos 2007

REHLAH KELUARGA



Sukaneka kanak-kanak


Pertandingan menembak


Pertandingan menyelam

Bergotong-royong menyediakan makanan tengahari


Penyampaian hadiah-hadiah

Khamis, 16 Ogos 2007

ZINA

"Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati.
Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:
Yang Ikhlas yang dihormati.
Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi) : Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya.Semua adalah halal bagi Machiavelli.Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya!
(Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran. Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(*- Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)"

Rabu, 8 Ogos 2007

BILA PILIHANRAYA...?

Bila Pilihanraya ke 12? Soalan itu semakin kerap di tanya. Semakin kerap di tanya, semakin banyak pula jawapan dengan pelbagai tafsiran yang di buat. Baru sekejap saya di tanya lagi.. Bila agaknya Pilihanraya? "Agak-agaknya bila?" balas saya. "Rasanya tahun ni jugak. Tengok pada kes Altantuya rasa macam tak lama lagi Pak Lah akan isytihar tarikh Pilihanraya." bersemangat sekali orang yang bertanya tadi membuat ulasan. "Habis tu kalau Pilihanraya dalam masa terdekat ni, agak-agak kita boleh menang ke dengan gerak kerja setakat ni?" soal saya lagi yang menyebabkan orang yang memulakan topik tadi terdiam sehingga menukar tajuk lain......

Selasa, 7 Ogos 2007

Keheningan Pagi


Subhanallah. Pagi ni sambil menikmati udara segar, alam di hias pula dengan keheningan mentari yang merangkak naik. Tetiba sahaja hati jadi sayu tak menentu. Semalaman perasaan di buai kepedihan memikirkan peritnya perjuangan yang di lalui. Saat-saat getir yang sedang di hadapi kini seperti memaksa supaya memikirkan pilihan-pilihan sepatutnya bagi mencari jalan keluar. Sambil mengadu kepada Rabbul Jalil betapa andainya ujian ini tak mampu di hadapi, mohon di beri kekuatan serta jalan keluar di samping melihat catatan sirah perjuangan mereka terdahulu. Merenung peringatanNya betapa umat dahulu yang pernah di goncang pendirian mereka sehingga di beri pertolongan oleh Allah. Mungkin apa yang sedang di lalui hari hanya sekelumit cuma berbanding ujian yang pernah di lalui oleh pejuang-pejuang sebelum ini. Ingatan itulah yang memberi sedikit bekalan kekuatan yang masih ada....
Lantaran itu bila pagi ini di hidangkan oleh Allah dengan panorama sebegitu indah alam ciptaanNya..... satu kekuatan baru mulai muncul. Ya.....! Allah yang mencipta alam ini. Allah itulah tempat pergantungan kita. Mudahan hati akan tabah menghadapi tekanan yang berat ini bersama munculnya mentari di pagi ini.

Khamis, 28 Jun 2007

Bolasepak Persahabatan


Program julung kali di adakan antara AJK Pemuda DUN dengan Pemuda cawangan. Perlawanan bolasepak persahabatan dengan Pemuda Cawangan Bukit Cempaka telah di adakan pada Jumaat 22 Jun 07 yang berkesudahan AJK Pemuda DUN telah di belasah 7 – 3 setelah seri 2 – 2 pada separuh masa pertama. Perlawanan telah di adakan di Padang Alternatif berhampiran Kg Pasir Puteh, Bukit Cempaka.
Pasukan AJK Pemuda DUN Batu Rakit.....

Perlawanan persahabatan ini di adakan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan serta kemesraan antara kedua belah pihak bagi memudahkan saluran maklumat dan arahan kerja. Ini akan di ikuti dengan siri seterusnya dengan cawangan-cawangan lain pula selepas ini mengikut masa-masa yang terluang.

Tidak ada hadiah yang di sediakan, cuma sehelai tuala muka bercopkan Pemuda DUN sebagai cenderamata di berikan kepada semua pemain pemuda cawangan selepas tamat perlawanan.

Dah banyak kali cuba upload gambar lain, tapi masih tak dapat-dapat. Mungkin kerana masalah line internet yang slow atau memang tak ada kemahiran untuk itu, tak tahulah. InsyaAllah akan cuba lagi esok atau kalau ada masa petang ni.

Rabu, 6 Jun 2007

TIMBALAN PRESIDEN PAS

Sebelum tulis berkenaan MEMBARA07, sedikit ulasan berkenaan Muktamar di Kota Bharu. Walaupun telah banyak di ulas oleh pelbagai pihak, kawan atau musuh, tapi ulasan yang satu ini agak menarik juga untuk menjadi catatan di sini.

Seorang teman yang tak pergi ke Kota Bharu hari tu bertanya, "bagaimana Ust Harun Taib boleh kalah jawatan Tim Presiden? Takkan Tok Guru Presiden tak boleh tolong pastikan Ust Harun menang?" Saya terpinga-pinga juga pada mulanya. Mungkin teman tersebut hanya fikirkan Parti dalam konteks Terengganu sahaja, kerana Ust Harun adalah regu Presiden di Terengganu. Saya cuba dapatkan penjelasan berhubung soalan tadi. "Apa perlunya Ust Harun menang?" soal saya. "Ya lah.. kalau Ust Harun jadi Tim Presiden, ringanlah sikit kerja Tok Guru. Kan ke selama ini di Terengganu banyak keputusan penting di buat oleh Ust Harun berbanding Tok Guru?" Jawab teman tadi. "Mana awak tahu?" balas saya. "Tidak semua benda perlu ada hitam puteh untuk buktikan... kadang-kadang ianya dapat di rasa bila kita ikuti perjalanan jemaah." bersemangat sekali teman kita ni berhujjah. Saya tak boleh kata apa-apa lagi. Perbualan kami terpaksa di hentikan bila tiba-tiba di ganggu dengan kehadiran beberapa teman lain yang membuka tajuk lain pula.

Apa yang saya fikirkan, betul ke apa yang teman saya katakan tadi. Tidak kah jika benar-benar berlaku demikian akan semakin menyulitkan Tok Guru sendiri untuk mentadbir Parti di peringkat nasional, bukan lagi hanya sebuah negeri. Bagaimana sekalipun... Perwakilan Muktamar telah membuat satu pilihan.... kembali memilih Ust Nasarudin menjadi regu Tok Guru sebagai Tim Presiden...

KEMBALI SEMULA...

Hampir dua bulan tak update. Hasrat hati memang kalau boleh nak tulis setiap hari. Apakan daya masa dan suasana mempengaruhi mood. Mungkin inilah nasib penulis-penulis baru yang hangat-hangat tahi ayam. Akhirnya terbengkalai begitu sahaja, minat entah kemana, bakat pulak terpendam ke dasar angan yang tak sudah.

Sepanjang dua bulan ini, adalah masa-masa yang agak sibuk juga sebenarnya. Kemuncaknya adalah Muktamar PAS Pusat yang di mulai Muktamar Pemuda pada 30 Mei 07 sehinggalah tamat Muktamar penuh pada 3 Jun 07, ahad lepas. Sepanjang tiga empat hari itu saya berada di Kota Bharu menyertai ribuan ahli PAS yang lain samaada sebagai Pemerhati atau Perwakilan. Kebetulan tahun ini mencatatkan sejarah peribadi, pertama kali menjadi Perwakilan PAS Kawasan ke Muktamar Agung PAS Pusat. Bagi mereka yang dah biasa, mungkin tak ada apa-apa istimewapun. Tapi bagi saya ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Maklumlah kali pertama menjadi orang yang di beri amanah mengundi Kepimpinan PAS Pusat bagi menerajui Parti untuk dua tahun mendatang, merupakan suatu yang sangat bermakna. Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan baik.

Selepas Mesyuarat Agung Pemuda Kawasan sebagaimana posting yang lepas, menyusul pula Mesyuarat Agung PAS Kawasan. Kemudian di ikuti pula oleh program mega tahunan Pemuda Batu Rakit, MEMBARA 07 di awal Mei. Hari-hari selepas itu, menjelang Muktamar PAS Pusat di sibukkan pula dengan program Gempur Daftar Pemilih hampir dua minggu, Mukhayyam Pemuda Negeri dan lain-lain program.

Kebetulan pula sessi pemilihan kepimpinan baru pada tahun ini menjadikan beban amanah yang berupa jawatan-jawatan di dalam Parti semakin bertambah berat di pikulkan ke bahu saya yang masih baru dan sedang belajar selok belok perjuangan yang besar dan berliku ini. Tentulah sebulan dua ini merupakan masa-masa penyesuaian dengan tugas-tugas baru, baik di Kawasan mahupun di peringkat Negeri. Dalam masa yang sama telah ada sungutan-sungutan di cawangan yang menjadi base kepada pergerakan saya selama ini. Hampir tiga bulan saya tak menjenguk kerja-kerja di cawangan sebaik sahaja selesai Mesyuarat Agung Cawangan yang lepas. InsyaAllah selepas ini, selepas tempuh penyesuaian tugas ini, semuanya di harapkan berjalan seperti biasa semula.

Rugi sangat rasanya, detik-detik bersejarah MEMBARA 07 tidak di abadikan dalam catatan blog ini. InsyaAllah posting selepas ini saya akan tulis khusus berkenaan program tersebut. Hanya sebagai catatan dan kenangan peribadi....... Istimewanya program MEMBARA ini kerana konsep dan namanya adalah cetusan idea saya sendiri yang perlaksanaannya di bantu oleh sahabat-sahabat saya Pemuda DUN Batu Rakit.

Isnin, 9 April 2007

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu Kali Ke 27

Lega. Itulah boleh di katakan. Baru hari ni boleh masuk pejabat balik dalam keadaan biasa, setelah hampir dua minggu bertungkus lumus membuat persiapan untuk mesyuarat agung. Dalam keletihan yang teramat ( bukan letih fizikal sangat, tapi letih mental ) hari ni kena cari masa rehat sikit, walaupun di pejabat ni masih banyak kerja yang menunggu.

Mesyuarat Agung berlangsung dengan baik pada Sabtu lepas. Semalam pula terpaksa selesaikan soal belanja mesyuarat dan kewangan secara keseluruhan setelah berlaku pertukaran bendahari. Baki duit yang ada ni perlu segera di serahkan kepada bendahari baru supaya boleh segera beroperasi, memandangkan Pilihanraya Umum semakin menampakkan kelibatnya.

Suatu yang agak terkilan juga di sebalik kelegaan yang ada, setelah persiapan yang begitu memenatkan, baik persiapan tempat, perbekalan mahupun lapuran mesyuarat, perkara sama sebagaimana kebiasaan masih berlaku berlaku juga. Perwakilan pulang selepas berhenti rehat makan tengahari! Selepas di sambung di sebelah petang, yang tingggal hanya separuh daripada jumlah yang di daftarkan sebelah pagi.

Akibat daripada itu, perbahasan yang sepatutnya untuk bermuhasabah dan merancang kerja-kerja Jemaah jadi kaku dan tidak bermaya. Di tambah pula mereka yang tinggal itu pun seolah-olah tidak berminat untuk berbahas. Buku lapuran yang di sediakan untuk perbahasan di rasakan seolahnya tidak di hargai oleh perwakilan. Dahlah nak siapkan buku tu rasa macam separuh gila, bila ianya tidak di hargai, bertambahlah letihnya.

Walau bagaimanapun semuanya dah berlalu. Tahun depan akan ada lagi Mesyuarat Agung. Mungkin suasana akan berubah ataupun keadaan sama akan berterusan. Sama ada berubah atau tidak, kerja ini tak boleh di lepaskan begitu saja. Besar manapun kecewa mengusik rasa, bara di tangan tetap akan di genggam selagi ada kemampuan.

Di sebalik semua yang di sebutkan di atas, sebenarnya ada perkara penting yang boleh di jadikan ingatan. Ucapan persmian oleh Sdr Mazlan Aliman sungguh menusuk perasaan. Gabungan motivasi dan arahan kerja yang di berikan melalui pengalaman beliau banyak memberi suntikan baru kepada petugas-petugas setia Pemuda. Walaupun mungkin belum cukup kepada sebahagian hadirin pada hari tu ( sebab tu ramai balik awal jugak ), tapi rasanya bagi yang benar-benar Ikhlas dalam perjuangan, ucapan beliau akan menjadi panduan kerja yang sangat berguna.

Apa yang dapat di ungkapkan di sini, antara punca utama yang memberi kekuatan kepada petugas Jemaah ialah mesti melalui proses Tarbiyyah yang di atur oleh Parti. Petugas yang tidak di tarbiyyah akan gagal bila sampai satu peringkat, walaupun mulanya kelihatan sangat hebat dan penuh kesungguhan.

Setakat ni dulu untuk hari ni.......

Sabtu, 31 Mac 2007

AJK Penyelaras Pemuda Batu Rakit 2008


CARTA ORGANISASI PENYELARAS PEMUDA DUN BATU RAKIT 2008

PENASIHAT
Mohamad Nazari Alias

KETUA
Mohd Zulkifli Mat Jusoh


NAIB KETUA / TARBIYYAH
Mohd Soufi Ismail


SETIAUSAHA / PASTI
Dzakaria Mohd Salleh

BENDAHARI / EKONOMI
Adnan Omar


PENERANGAN / IT
Mohd Fadol Ismail

URUSAN PEMILIH
Mohamad Adli Ngah


KEBAJIKAN
Marzuki Mansor

AMAL
Abu Sufian Ibrahim


SUKAN & KEBUDAYAAN
Mohd Safawi Ahmad



Selamat Bermesyuarat Agung Tahunan

Pengalaman sangat penting dalam kehidupan. Tanpa pengalaman kita akan teraba-raba mencari arah tuju. Pun begitu tidak bermakna jika tak ada pengalaman kita tak boleh melakukan apa-apa. Kita perlu mencuba perkara baru dan dari situlah kita akan dapat pengalaman.
Tapi dalam ghairah mencuba pembaharuan, tak dapat tidak kita mesti bertanya pengalaman orang lama supaya ianya tidak terlalu tersasar daripada realiti. Kerana kadang-kadang tiori yang terlalu edeal tidak berjejak di bumi nyata. Lalu kita buat sesuatu yang boleh memberi kesan negatif bukan saja kepada diri kita, bahkan kadangkala kapada orang lain juga.
Begitulah peringatan kepada generasi baru kepimpinan yang silih berganti di dalam mana-mana organisasi. Bermula Februari hingglah hujung April ini Mesyuarat Agung pemilihan semua peringkat sedang di jalankan. Sehinggalah kemuncaknya Muktamar PAS Pusat pada hujung Mei nanti.
Bagi sebuah Parti yang telah stabil seperti PAS ini, seharusnya di jaga tatasusila, walaupun dalam proses memilih kepimpinan baru kadangkala timbul juga sedikit sebanyak perselisihan, anggaplah ianya sebagai satu proses penambahbaikan kepada keutuhan yang telah wujud. Jangan sampai ianya boleh di ambil kesempatan oleh orang luar yang sememangnya sentiasa menuggu peluang mencelah untuk merosakkan Parti dari dalam...

XPDC Gunung Tebu














Sejak awal tahun lepas kami rancang nak anjurkan xpdc mendaki gunung tebu. bukan kata sebab ianya susah sangat, tapi masa yang terlalu padat dengan program sepanjang tahun menyebabkan banyak kali tarikh yang di pacak, terpaksa di tangguhkan. Sedangkan Gunung Tebu tu letaknya dalam kawasan Setiu.












15 Mac 2007 baru ni, setelah 10 tahun lalu buat kali terakhir Pemuda Setiu berjaya berada di puncak Gunung Tebu, sekali lagi Kami berjaya tawan bersama generasi baru Pemuda yang memang tertunggu-tunggu sekian lama. Seramai 85 peserta berjaya sampai dengan selamat bermula pendakian seawal 8.30 pagi sehingga ada yang sampai 5 jam selaepas itu sekitar pukul 2 petang. Walaupun jangka masa paling cepat boleh sampai selama 2 jam atau kurang sikit, tetapi peserta kami ini ada yang telah berumur melangkaui 40 dan ada yang masih belasan tahun, di tambah dengan pengalaman pertama kali mendaki.
Gambar 1997

Selasa, 27 Mac 2007

Rilek Jap : Kisah seram si pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.
Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.
Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.
Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.
Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.
hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.
Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

LUCU YA?

Lucu ya, wang rm 2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

Lucu ya, susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

Lucu ya, betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja, tapi novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.

Lucu ya, orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Lucu ya, susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al Quran.

Lucu ya, semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau pun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah dan perjuangan mesti berfikiran dua kali.

LUCU YA?

Ahad, 25 Mac 2007

Hadis sebagai renungan sejenak

Dari Saidina A’li bin Abi Talib Karramallahuwajhah :
Rasulullah saw telah bersabda : Apabila ummatku melakukan 15 perkara ini maka layaklah ke atasnya bala bencana ( musibah ) .
Lalu sahabat bertanya : Apakah 15 perkara itu ya Rasulullah ?
Rasulullah saw. menjawab : Apabila berlaku ;

1. Harta khazanah kekayaan negara hanya berlegar dikalangan orang- orang tertentu .
2. Amanah menjadi batu loncatan untuk mengumpul kekayaan .
3. Zakat dianggap sebagai hutang yang menyusahkan mereka .
4. Lelaki tunduk kepada isterinya.
5. Derhaka kepada ibunya .
6. Sedang ia terlalu menurut kemahuan kawannya.
7. Sering menjauhi bapanya .
8. Meninggikan suara ( bising ) di dalam Masjid.
9. Pemimpin yang dilantik adalah yang paling hina ( jahat ) dikalangan mereka.
10. Dimuliakan seseorang ( bukan kerana mulia ) tetapi kerana takut akan kejahatannya.
11. Meminum Khamar ( arak )
12. ( Lelaki ) memakai sutera .
13. Menyanjung para artis ( penyanyi )
14. Menyanjung para artis ( pemuzik ) .
15. Dan mengutuk golongan ( ummat/ulama’ ) terdahulu

Maka layaklah mereka ditimpa Angin Ahmar ( yang melumpuhkan ) atau gempa bumi ( yang menghancurkan ) atau mereka ditukar wajah menjadi makhluk lain ( beruk atau lainnya ) .

Lagi gambar


Sekitar 2 ribu menyaksikan persembahan Akil Hayy dan Abd Alim pada Membara 06.



Persembahan Akil Hayy Membara 2006


Sabtu, 24 Mac 2007

Membara 2006


Kulit buku cenderamata MEMBARA 2006

MEMBARA

Membara adalah satu program tahunan pemuda Batu Rakit. MEMBARA ialah MEdan peMuda BAtu RAkit. Ia baru bermula pada tahun lepas. Program julung kali diadakan itu di penuhi dengan berbagai acara. Bermula dengan kuliah maghrib, diikuti Persembahan Kesenian Islam oleh Akil Hayy dan Abd Alim bekas vokalis Shautul Amal, Qiamullail serta Kuliah Subuh, acara-acara sukaneka di sebelah paginya dan Motivasi Pemuda di sebelah petang. Program ditutup dengan Ceramah Perdana pada malamnya.

Itu cerita tahun lepas. Tahun ni diteruskan program Membara 2 dan akan dibuat pada 3 & 4 Mei 07 di kampung Tanjung, Batu Rakit. Hasil sedikit pengalaman yang ditimba pada tahun lepas, acaranya juga akan ada sedikit sebanyak pindaan untuk memantapkan lagi program. Dengan tambahan acara Larian Amal selepas kuliah subuh diikuti siaran langsung Kuliah Pagi Jumaat dari Masjid Rusila. Selepas itu program gotong-royong bersih tanah perkuburan bagi menanam semangat bermasyarakat di kalangan pemuda, sementara acara sukaneka pula akan dibuat pada sebelah petang.

Pada malam pertama, Persembahan Kesenian tahun ini akan diisi sendiri oleh pemuda-pemuda Batu Rakit. Dengan pertandingan pidato sebagai tunjang, ianya akan di selang seli dengan pelbagai jenis persembahan selingan seperti nasyid, pentomen dsbgnya. Sementara ceramah penutup pada malam kedua akan di sampaikan oleh YB Presiden PAS dan Ketua Pemuda Negeri.

Walaupun blog ini hanya cacatan peribadi, tetapi ianya juga secara tidak langsung dicetuskan oleh semangat MEMBARA. Program kemuncak kepada pelbagai aktiviti sepanjang tahun Pemuda Batu Rakit.

Rabu, 21 Mac 2007

Kan ku genggam bara ini..

Sengaja ku pilih tajuk ini. Ya lah mungkin ada yang tertanya-tanya maksud di sebaliknya. Cuma yang boleh ku katakan ianya akan dapat di tanggapi apabila mengikuti isi kandungan seterusnya. Sebagai gambaran awal blog ini ku cipta untuk melepaskan segala yang terbuku di kepala ku selama ini tentang suasana yang ku alami di sekeliling dan sekitar hidupku. Semuanya.... masalah sosial, pendidikan, kerjaya, lebih-lebih lagi tentang tanggung jawab yang ku pikul sebagai seorang manusia, Hamba Allah yang ada amanah yang mesti di tunaikan.

Ah.. masa memang sentiasa cemburu melihat kelapangan yang ada. Aku kena berhenti dulu di sini. InsyaAllah bara yang ku genggam ini takkan ku lepaskan..

Langkah di mulakan....

Bismillahirrahmanirrahim..Entah apa nak di mulakan coretan lewat blog yang tak sepertinya ni. Lebih-lebih lagi baru nak kenal dunia blog dan dunia penulisan. Apa yang aku fikirkan, aku perlu belajar sesuatu yang baru. Mungkin di sini dapat di jadikan tapak mula untuk ku terjun lebih jauh dalam dunia IT dan penulisan..