Rabu, 6 Jun 2007

TIMBALAN PRESIDEN PAS

Sebelum tulis berkenaan MEMBARA07, sedikit ulasan berkenaan Muktamar di Kota Bharu. Walaupun telah banyak di ulas oleh pelbagai pihak, kawan atau musuh, tapi ulasan yang satu ini agak menarik juga untuk menjadi catatan di sini.

Seorang teman yang tak pergi ke Kota Bharu hari tu bertanya, "bagaimana Ust Harun Taib boleh kalah jawatan Tim Presiden? Takkan Tok Guru Presiden tak boleh tolong pastikan Ust Harun menang?" Saya terpinga-pinga juga pada mulanya. Mungkin teman tersebut hanya fikirkan Parti dalam konteks Terengganu sahaja, kerana Ust Harun adalah regu Presiden di Terengganu. Saya cuba dapatkan penjelasan berhubung soalan tadi. "Apa perlunya Ust Harun menang?" soal saya. "Ya lah.. kalau Ust Harun jadi Tim Presiden, ringanlah sikit kerja Tok Guru. Kan ke selama ini di Terengganu banyak keputusan penting di buat oleh Ust Harun berbanding Tok Guru?" Jawab teman tadi. "Mana awak tahu?" balas saya. "Tidak semua benda perlu ada hitam puteh untuk buktikan... kadang-kadang ianya dapat di rasa bila kita ikuti perjalanan jemaah." bersemangat sekali teman kita ni berhujjah. Saya tak boleh kata apa-apa lagi. Perbualan kami terpaksa di hentikan bila tiba-tiba di ganggu dengan kehadiran beberapa teman lain yang membuka tajuk lain pula.

Apa yang saya fikirkan, betul ke apa yang teman saya katakan tadi. Tidak kah jika benar-benar berlaku demikian akan semakin menyulitkan Tok Guru sendiri untuk mentadbir Parti di peringkat nasional, bukan lagi hanya sebuah negeri. Bagaimana sekalipun... Perwakilan Muktamar telah membuat satu pilihan.... kembali memilih Ust Nasarudin menjadi regu Tok Guru sebagai Tim Presiden...

Tiada ulasan: