Khamis, 26 Disember 2013

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah

Lebih setahun blog ni tak di update. Dengan kemunculan medan sosial maya yang sentiasa baru dan berkembang pesat...  facebook dan terkini whatsapp telah menenggelamkan populariti blog.

Tetapi setiap media ini ada keistimewaan tersendiri. Blog meskipun agak ketinggalan sekarang tapi masih merupakan antara media yang penting untuk berinteraksi terutama dalam mengemukakan pandangan dan idea dalam pelbagai perkara.

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Dunia sentiasa berubah dengan perubahan masa. Dunia yang semakin tua ini akan sampai ke penghujungnya kerana setiap yang mula akan ada akhirnya. Itulah adat makhluk. Berbeza dengan khalik yang tiada mula kepada adanya dan tiada pula akhir kepada adanya.

Zaman kepemudaan telah beberapa tahun berlalu. Zaman penuh semangat, penuh keazaman dan pergerakan yang pantas dan sebolehnya semua benda nak di lakukan dalam satu masa. Itulah cita zaman pemuda.

Kini memasuki usia dewasa, beralih kepada fasa yang lebih berhati-hati dalam tindakan dan membuat apa-apa keputusan.

Namun medannya masih sama. Memastikan sisa kehidupan yang masih berbaki ini tidak di sia-siakan untuk mendapat bekalan semaksima mungkin menuju kehidupan kekal abadi selepas mati.

Hidup ini adalah perjuangan. Dan perjuangan yang paling mulia adalah berjuang memastikan Islam dapat di amalkan dalam kehidupan. Samada untuk diri sendiri, keluarga dan seterusnya dalam masyarakat dan negara, jika tidak ada perjuangan mana mungkin kita dapat merasai manisnya Islam yang di ajar oleh Rasulullah. Lantaran kehidupan Rasulullah itu sendiri di penuhi perjuangan.

Selepas PRU ke 13 pada bulan mei yang lepas, melalui fasa Mesyuarat Agung dan Muktamar peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri dan Pusat, maka berlaku perubahan kedudukan jawatan dan posisi dalam parti.

Kini medan perjuangan yang ada di hadapan memerlukan skill yang lebih taktikal dan teknikal. Mana mungkin medan ini dapat di harungi sendirian. Jika tidak ada kerjasama dan bantuan daripada seluruh jentera parti di semua peringkat yang ada.

Sebagai memulakan gerakan yang besar pada sessi ini, satu kursus pendedahan berkenaan pengurusan jentera telah di laksanakan baru-baru ini...
 Peserta yang tekun mengikuti pembentangan
 Sdr Hasan Jusuh. Setiausaha PAS Kawasan Marang menyampaikan kertas bertajuk "Penyediaan Lapuran Mesyuarat dan Pengurusan Rekod"
 Cikgu Daud dengan pembentangan bertajuk "Kepentingan dan perlaksanaan mesyuarat yang berkesan"
Ucapan perasmian program oleh Ust Shaharizukirnain, YDP PAS Setiu sessi ini.

Tiada ulasan: