Rabu, 29 Julai 2009

Pemuda DUN Batu Rakit 2004-2009 - 1

Saya mengambil alih sebagai Ketua Pemuda DUN Batu Rakit selepas PRU 11 pada 2004. Setelah bertungkus lumus mempertahankan Kerajaan yang di menangi oleh PAS pada nov 99, kemudian kembali menjadi pembangkang selepas Mac 2004, hampir semua peringkat jentera parti seluruh negeri menjadi lumpuh. Lebih setahun kemudian barulah sedikit demi sedikit semangat dan organisasi parti dapat dipulihkan semula.

Sememangnya kekalahan 2004 sangat mengesankan dan memberi pengalaman yang tidak ternilai kepada kami. Bagaimanapun kami di peringkat pemuda DUN, walaupun dalam keadaan semangat petugas yang sangat rendah ketika itu terus mengatur gerakkerja dan hanya rehat beberapa bulan sahaja bagi membetulkan semula minda sebagai pembangkang. ( Sebenarnya belum sempat lagi pun untuk set minded sepenuhnya sebagai kerajaan masa memerintah hari tu. Rata-rata petugas parti masih merasakan diri sebagai pembangkang. Baru nak set sebagai kerajaan, tiba-tiba pulak jadi pembangkang balik. Agak bercelarulah jadinya.)

Perkara pertama yang saya lakukan adalah mengajak sahabat-sahabat pemuda yang masih bersedia untuk mengadakan usrah. Tidak ramai yang sahut. Ust Sofi, Ust Badri, Ust Yaakub dan Adnan. Kami berlima memulakan langkah menyusun dan meneruskan perjalanan Pemuda DUN.

Ust Sofi adalah ketua sebelum saya dan sehingga sekarang masih bersama berganding bahu meneruskan perjuangan. Ust Badri saya lantik sebagai setiausaha hampir setahun sehinggalah beliau minta tarik diri apabila di tawarkan sebagai guru JQAF. Demikian juga Ust Yaakub, beberapa bulan kemudian menyepi dengan alasan mahu menumpukan kepada bisnes dan kemudian di tawarkan kerja sebagai pegawai di pejabat MAIDAM ( Ust Yaakub adalah bekas pegawai khidmat di Pej DUN masa menang). Sdr Adnan pula Istiqamah bersama Pemuda DUN sehingga tamat sessi 2009 apabila faktor umur tidak lagi memihak kepada beliau. Adnan adalah bendahari pada mulanya, kemudian di amanahkan sebagai ketua penerangan sehingga 2009.

Bermula dengan 5 orang inilah kami mula mengadakan usrah dan merancang program sehingga menjelang Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu ( DPPKS ) april 2005, kami berjaya menambahkan ahli usrah kami menjadi 14 orang. Selepas Mesyuarat Agung DPPKS pada tahun tersebut yang di adakan di Batu Rakit, saya di amanahkan sebagai Setiusaha DPPKS sekaligus Ketua Pemuda DUN apabila melihat perkembangan yang agak baik berlaku kepada Pemuda DUN Batu Rakit.

Dengan kesungguhan dan kejasama daripada rakan-rakan Pemuda DUN, kami terus melaksanakan beberapa program, terutama program dalaman sepanjang tahun 2005. Hari Keluarga Pemuda DUN, Rehlah ke Kelantan, Tamrin Qiadah, Bolasepak 9 sebelah dan pelbagai program lagi.

Kemuncaknya kami berjaya mengadakan program himpunan pemuda DUN yang kami namakan Medan Pemuda Batu Rakit atau ringkasnya MEMBARA kali pertama pada bulan mac 2006.

Aqil Hay dan Abdul Alim, bekas vokalis Soutul Amal mengadakan persembahan pada MEMBARA pertama 2006.

Sambutan MEMBARA yang julung kali di adakan di Perkarangan Surau Pengkalan Atap sangat menggalakkan sekali. Di saat kebanyakan pihak takut mengadakan ceramah dan program besar ketika itu kerana tidak ada sambutan, kami menjemput Aqil Hay membuat persembahan dengan bayaran RM1500 di samping penceramah-penceramah lain pada malam kedua program. Walaupun derma malam pertama itu hanya sekitar RM1200, tetapi sokongan daripada para penderma sebelum dan sepanjang program dua hari itu membolehkan kami menyelesaikan segala perbelanjaan sehingga lebihannya kami dapat membeli satu set kanopi untuk kegunaan kami dan boleh di sewakan untuk sebarang majlis jamuan.
Kesungguhan dan pengorbanan sahabat-sahabat pemuda ketika itu sangat tinggi. Siang malam kami berkerja. Maklumlah ini adalah pengalaman pertama menganjurkan program besar tanpa bantuan mana-mana pihak. Kami letakkan asas supaya ia dapat di jadikan acara tahunan dalam kalendar pemuda DUN Batu Rakit. Alhamdulillah pada bulan Jun yang lepas kami berjaya meneruskan MEMBARA buat kali ke empat berturut-turut.

Bersambung.......

Isnin, 27 Julai 2009

Ketua Pemuda Batu Rakit yang baru


Berselang beberapa hari tak update kerana kesibukan.

Mesyuarat Pemuda DUN pada selasa 21 Julai 09 telah membuat pengesahan perlantikan Sdr Zulkifli Mat Jusuh selaku Ketua Pemuda DUN Batu Rakit yang baru. Zul adalah setiausaha Pemuda DUN sejak 4 tahun yang lepas dan memegang jawatan selaku Ketua Lujnah Sukan DPPK Setiu sejak 2007.

Cadangan untuk melantik Ketua baru bagi Pemuda DUN telah di fikirkan sejak Mesyuarat Agung DPPKS pada april lepas. Tetapi sementara menunggu beliau benar-benar bersedia memikul beban itu, saya masih meneruskan peranan sebagai ketua pemuda sehinggalah usrah yang di adakan pada 15 julai lepas saya serahkan secara resmi tugas tersebut kepada beliau sebelum di sahkan dalam mesyuarat baru-baru ini.

Sdr Zul berusia 34 tahun adalah bekas pelajar Maahad Darul Quran, Rusila sehingga peringkat sanawi. Sekarang bekerja sendiri, baru sahaja mendirikan rumah tangga pada mei yang lepas.

Dengan pengalaman bersama Pemuda DUN Batu Rakit sejak di bangku sekolah lagi, saya percaya beliau mampu untuk mengembelingkan tenaga pemuda khususnya untuk melaksanakan segala program parti yang berkaitan pemuda.

Rabu, 15 Julai 2009

Semak Arah Kiblat esok ( 16 Julai 2009 )

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA