Selasa, 22 September 2009

Majlis Pemuda Sempena Ramadhan & Idulfitri

Petang 26 Ramadhan, Pemuda DUN Batu Rakit mengadakan majlis Iftar Pemuda di hadapan Pej DUN. Kehadiran di luar jangkaan sehingga nasi minyak dan lauk petang tu habis licin dan cukup-cukup sahaja.

Sebelum Iftor di adakan majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada pemuda-pemuda yang terpilih samada bujang ataupun telah berkeluarga daripada seluruh cawangan-cawangan dalam DUN. Hampir 30 hamper berupa barang-barang keperluan harian telah di agihkan untuk menceriakan hari raya mereka yang termasuk golongan yang berpendapatan rendah tersebut.

Sebelum itu pada hari Isnin di adakan majlis sumbangan untuk guru-guru PASTI juga di Pejabat DUN.
Antara guru PASTI yang hadir

Pemuda DUN Batu Rakit 2004-2009 - 2

Saya tidak katakan Sof Pemuda DUN yang saya bentuk selama beberapa tahun ini adalah sof yang begitu mantap. Tetapi sekurang-kurangnya saya telah asaskan kekuatan bagi pembinaan seterusnya di masa hadapan.

Sememangnya proses tarbiyyah manusia bukan satu kerja yang mudah. Tugas ini memerlukan hubungan yang begitu kuat dengan rabbul aalamin yang mencipta manusia itu sendiri. Lantaran itulah murabbi yang melaksanakan tugas tarbiyyah ini mestilah juga mereka yang mempunyai hubungan dengan anugerah daripada Allah seperti Rasul-Rasul Alaihimussalam.

Di akhir zaman begini, dengan begitu jauhnya kita daripada zaman kenabian, semua kita memerlukan tarbiyyah. Sama ada pemimpin mahupun pengikut adalah sama-sama perlu di tarbiyyah mengikut peringkat masing-masing. Untuk mengharapkan suatu yang sempurna daripada proses itu tentulah amat payah, bahkan tidak mampu di capai oleh siapapun di zaman ini.

Pimpinan besar dalam jemaah sekalipun seperti Mursyidul Am dan Presiden, mahupun tokoh-tokoh tarbiyyah dalam jemaah masih lagi banyak kelemahan dalam soff yang mereka bentuk berbanding generasi awal yang menempa kegemilangan bagi ummat ini.

Sepanjang sekitar enam tahun memimpin Pemuda DUN Batu Rakit, saya cuba mendedahkan kepada mereka kerja-kerja jemaah yang seharusnya mereka bersungguh melakukan untuk menggerakkan perjuangan. Pada peringkat awal ada yang bersungut lantaran kertas kerja yang saya bentang di dalam usrah saban bulan dan ada kalanya dua kali sebulan tidak mereka fahami kerana terlalu tinggi bagi mereka.

Sedikit demi sedikit apabila teori dalam kertas kerja itu di bawa keluar melalui aktiviti dan pengisian praktikal, secara tidak langsung mereka mampu menyerap kebingungan dalam memahami istilah-istilah tarbiyyah yang begitu payah di fahami melalui syarahan dan kuliah.

Pun begitu sebagaimana di sebutkan diatas, kesan dan hasil yang di harapkan masih lagi jauh untuk di capai dalam erti kata kesempurnaan. Biarlah saya dan mereka terus belajar erti perjuangan ini mengikut kemampuan dan anugerah Allah. Sebagaimana selalu saya peringatkan kepada mereka bahawa kita mestilah berjuang mengikut kemampuan yang kita ada, bukannya mengikut kemahuan kita. Tentulah ada perbezaan antara kemampuan dengan kemahuan…

Bersambung…… InsyaAllah.

Isnin, 14 September 2009

Di Penghujung Ramadhan


Begitu panjang di rasakan tempoh masa yang tersenggang sejak posting terakhir tempohari. Bukan tidak ada program Pemuda DUN Batu Rakit sejak itu. Tetapi lantaran tidak lagi berada di posisi hadapan dalam organisasi pemuda di peringkat DUN, maka penglibatanpun agak berkurangan.

Petang ni jam 2 petang akan di adakan majlis penyampaian sumbangan, menghargai jasa guru-guru PASTI DUN Batu Rakit, bertempat di Pejabat DUN, Kg Padang Polis. Seramai 18 orang guru dan pembantu PASTI seluruh DUN di jangka hadir dan saya di minta untuk membuat sedikit pengisian dan menyampaikan sumbangan tersebut.
Sdr Dzakaria Md Salleh
Setiausaha Pemuda Batu Rakit
Sebelum ini telah ada majlis Qiamullail anjuran pemuda DUN yang di adakan di Bukit Cempaka di samping secara berkala di adakan Jaulah Tarawih Pemuda DUN ke Cawangan-cawangan seluruh DUN. Mengikut lapuran oleh SU Pemuda yang baru Sdr Dzakaria, program jaulah tersebut mendapat sambutan sangat baik daripada AJK Pemuda DUN yang turun berterawih ke cawangan terpilih untuk bertemu dan mengenali pemuda-pemuda PAS sempena Ramadhan ini. Kebiasaannya jemaah di surau lebih ramai di bulan ramadhan berbanding di masa-masa lain termasuk pemuda-pemuda.

Pada petang rabu ni pula akan di adakan Iftor jama'e pemuda DUN beserta penyampaian sumbangan kepada pemuda-pemuda yang berkelayakan. Saya di maklumkan penerima sumbangan tersebut di pilih di kalangan pemuda daripada seluruh cawangan-cawangan. Saya juga di jemput ke majlis tersebut untuk menyampaikan sumbangan yang akan di adakan di kedai kopi, hadapan Pej DUN.

Sdr Zulkifli Mat Jusuh
Ketua Pemuda Batu Rakit
Nampaknya sejak saya menyerahkan jawatan Ketua Pemuda DUN kepada kepimpinan baru ini, banyak aktiviti yang di jalankan sebagai penerusan kepada apa yang telah di jalankan sebelum ini. Ada aktiviti baru seperti jaulah terawih yang tak mampu saya buat lantaran hambatan masa. Ini adalah suatu yang baik dan di harapkan semangat dan kesungguhan mereka ini akan berterusan. Tidak hanya semangat bermusim dan terputus apabila berhadapan masalah atau cabaran di hadapan.

Pengalaman lalu perlu di ambil pengajaran sebaiknya. Kebiasaannya cabaran luaran tidak mampu menggugat, bahkan cabaran luar ini kebiasaannya akan memberi suntikan semangat untuk lebih bersungguh dalam melaksanakan program. Tetapi jika timbul masalah dalaman, contohnya tidak puas hati sesama sendiri atau kepada pihak lain dalam jemaah, maka boleh menyebabkan terhenti pergerakan atau mati terus semangat untuk meneruskan perjuangan.

Memandangkan sekarang ini mereka sering bertanyakan itu ini untuk membuat apa-apa keputusan dalam melaksanakan aktiviti mereka, InsyaAllah, saya akan terus memantau mereka dalam tempoh setahun dua ini sebelum mereka benar-benar mampu untuk bergerak dengan laju.