Ahad, 28 Oktober 2012

Taklimat Isu di Masjid Tanjung Sempena Al Falah

YB Hj Idham LIM, ADUN Titi Serong, Perak, Ketua Penerangan PAS Perak sedang menyampaikan Taklimat Isu kepada petugas kempen PAS Batu Rakit sempena Program Al Falah DUN pada akhir bulan September lepas.
  Selepas program menikmati keropok lekor...


Ayatullah Dalam PAS?

Lontaran pandangan Dr Asri bahawa pemimpin Ulama PAS jangan jadi macam Ayatollah yang tak boleh ditegur menghangatkan sedikit suhu dalam Ulama PAS. Beberapa kenyataan Ulama termasuk dari Ketua Ulama dan ketua Penerangan Ulama menjadi perhatian. Termasuk juga pandangan Timbalan ketua Dewan Pemuda juga Ulama.

Pandangan Asri itu tidak ada salahnya. Beliau menyatakan teguran beliau yang mungkin kebimbangan beliau. Namun dalam dunia politik dan suhu yang agak panas, segala teguran sewajarnya berada di atas asas yang telah berlaku. Ringkasnya ... teguran itu mesti ada asas kewujudannya.

 Saya teringat guru guru saya dulu yang mengajar tentang najis seringkali menyelitkan cerita hukum air mani yang suci . Pertanyaan tentang bolehkah air mani itu di jadikan air wudhu jika dua kolah.. Jawapannya mudah...himpun dulu biar jadi dua kolah. Assyahid Hasan Al Banna juga memberi penekanan agar kita membincangkan perkara yang menghasilkan natijah kerja dan bukan membincangkan perkara yang bersifat ramalan, apatah lagi ramalan itu menjelma dalam persepsi ia wujud dan berlaku.

Semua tahu bahawa Syiah adalah isu yang menjadi perhatian akhir akhir ini. Pihak kerajaan dan pihak berkuasa agama juga berkerja keras membendung Syiah dari berkembang. Ringkasnya ... Syiah memang sudah buruk dan jahat di mata masyarakat Islam terutama kita yang berpegang dengan Ahli Sunnah... Menghubungkan dengan ulama  PAS adalah sesuatu yang bersifat jahat. Ia menjadikan PAS akan dijauhi dari masyarakat terutama melayu yang tebal dengan ahli sunnah .

Kita mungkin tahu dan bersangka baik dengan jawapan Dr Asri kerana ia menjawab kehendak Moderator yang terkenal kurang mesra  dengan PAS yang dipimpin oleh Ulama. Namun jawapan dan kenyataan Dr Asri sewajarnya di jawab oleh ulama PAS . Menjawab bukan beerti tidak berlapang dada. Menjawab beerti memberi pencerahan dan kefahaman. membiarkan ia menjadi fitnah adalah sifat bodoh ... bukan berlapang dada!

kenyataan Asri juga memberi beberapa implikasi... dalaman dan luaran...

Implikasi luaran ialah... Pandangan serong masyarakat terhadap PAS dan kaitannya dengan Syiah. Walaupun bukan itu dimaksudkan Dr Asri, namun persepsi tetap timbul apabila kaitan dan label yang diberi. Ia merugikan masa depan politik PAS jika dibiarkan tanpa jawapan.

Implikasi dalaman ialah anggapan perlunya PAS di pisahkan dari kepimpinan Ulama kerana Ulama tidak boleh ditegur??Tidak berlapang dada.. Jika tuduhan pemimpin PAS tak boleh ditegur ... mengapa hanya dituju kepada ulama sahaja?? bukankah ada lagi pemimpin PAS yang juga tidak boleh ditegur... sekalipun teguran itu datangnya dari Mursyidul am dan Presiden sendiri?

Presiden PAS ternyata sangat berlapang dada dengan teguran. Sebagaimana telah dijelaskan dalam kenyataan pemimpin Ulama, Bagaimana terbukanya Tg Presiden merelakan Dr Aziz Bari mengkritik beliau secara terbuka di pentas PAS secara berhadapan... apakah ada pemimpin yang berlapang dada sebegitu?

Persoalan saya kepada isu yang ditimbulkan Dr Asri ialah kenapa Ulama di dalam PAS menjadi sasaran kritikan  atau nasihat beliau? mengapa tidak kepada pemimpin PAS secara umum jika PAS yang menjadi sasaran berdasarkan kehendak moderator? atau ia merupakan satu usaha berterusan menjatuhkan kepimpinan Ulama PAS... ?

Ternyata ramainya pengulas dalaman yang sangat berminat terhadap isu ini dan menjadikan Ulama PAS sebagai sasaran kritikan. Ia bukti kerja ini dirancang dengan sangat teliti... Jika dulu hanya umNO yang menyerang ulama.. kini kerja itu diserahkan kepada golongan anti ulama di dalam PAS.. apakah mereka adalah musuh dalam selimut yang sengaja berusaha mencari jalan melemahkan Jamaah Islam dengan memisahkannya dari kepimpinan Ulama??? tiada yang mustahil!!!

Rabu, 18 Julai 2012