Selasa, 22 Jun 2010

MEMBARA kali ke 5


MEMBARA kali ke lima pada tahun ini selamat di adakan Sabtu kemarin. Program bermula dengan ceramah perasmian oleh Ketua dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah bersama dengan Ustaz Rozali Muhammad dan saya sendiri pada 18 Jun hari jumaat malam.

Seawal 4.50 pagi sabtu peserta di kejutkan untuk solat tahajjud. Selepas solat dan kuliah subuh pula acara tahunan, larian Amal sejauh 2.5 km mengelilingi kampung di adakan.

Selepas itu acara sukaneka seperti Kaki Hantu, Congkeh dan pasang tiub motosikal, sepakraga bulat di adakan di samping acara rutin MEMBARA iaitu ziarah veteran PAS Cawangan.

Jam 12 tengahari bermula jamuan rakyat. Seekor lembu dan seekor kambing di sembelih untuk jamuan tengahari itu. Kuliah Zohor di adakan selepas solat berjemaah dengan kehadiran peserta yang sangat membanggakan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pada sebelah petang pula bermula acara yang di tunggu-tunggu iaitu pertandingan motocros. Acara ini di adakan lagi pada tahun ini setelah mendapat sambutan hangat pada MEMBARA ke 4 tahun lepas di Bukit Nenasi.

Pada kali ini pun acara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan di jangka akan menjadi acara tetap MEMBARA.

Acara terakhir di adakan adalah kemuncak program setiap tahun iaitu acara tarik tali. Juara bertahan iaitu cawangan Pecah Rotan berjaya mempertahankan kejuaraan di tempat sendiri tahun ini dan mengekalkan piala pusingan acara tarik tali MEMBARA.

MEMBARA tahun ini diadakan di Kampung Pecah Rotan sebagai tuan rumah. Berikut sebahagian gambar yang di rakam oleh sahabat-sahabat...







Tiada ulasan: