Hampir pukul satu tengahari di Pusat Mengundi Bukit Besar, K. Terengganu. Suasana masih terkawal walaupun Pemuda dan Puteri UMNO cuba membuat provokasi menaikkan suhu dalam cuaca yang agak panas hari ni. Dalam alunan selawat perayu undi PAS sempat lagi Puteri UMNO menunjukkan goyang Inul nya dan bertempik entah apa-apa ( Bahasa yang tak patut di tulis di sini ).
Entah apa nak jadi dengan budak-budak perempuan Melayu didikan UMNO ni, tak tahulah. Sangat Kurang Ajar dan biadab.Alhamdulillah pemuda dan muslimat PAS tidak terikut-ikut rentak yang cuba di cipta oleh mereka.
Pengundi sudah lebih 50 peratus keluar dan di UPU Bukit Besar yang mengandungi empat saluran mengundi, saluran dua paling ramai mengundi setakat ini. Gambar-gambar akan menyusul selepas ini, InsyaAllah.
Kepedulian seorang pemimpin
-
*CATATAN MALAM*
*Na'im dan isteri ditengah gelandangan.*MENJADI pemimpin bukan mudah
seperti mana dibayangkan. Ia mempunyai tanggungjawab yang berat dan...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan