Selasa, 26 Ogos 2008

Rabu, 20 Ogos 2008

Muktamar PAS Pusat ke 54 di Ipoh

Tahun ini muktamar PAS Pusat di adakan di Ipoh, Perak. Kebetulan sekali lagi saya di amanahkan sebagai Perwakilan mewakili PAS Kawasan.

Terimakasih di ucapkan kepada keluarga dan rakan yang membantu sehingga saya mampu berada di Ipoh bermula 13 ogos yang mana Perasmian Muktamar Pemuda pada malam tersebut sehinggalah Muktamar melabuhkan tirainya jam 3 petang hari ahad 17 Ogos 2008.

Dihadapan Stadium Indera Mulia, Ipoh, tempat berlangsungnya Muktamar.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat pada 14 Ogos 2008.

Muktamar Penuh. Kelihatan barisan kepimpinan tertinggi PAS, TG Dato' Seri Abdul Hadi Awang, TG Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Haron Din, Ust Nasharudin Mat Isa dan Ust Mohd Daud Iraqi.

Perwakilan Setiu, Cikgu Safinah Jusoh, Wan Ramlah Abd Rahman, Ust Mohd Pauzi Muda dan Saya di hujung sekali.

Di Kerusi Perwakilan

Bergambar kenangan sebaik selesai Muktamar.

Muktamar PAS ke 54 di Ipoh

Tulisan yang agak menarik berkaitan Muktamar 54 PAS Pusat oleh seorang penulis terkenal Mohd Sayuti Omar (MSO)

Tahniah Kepada Barisan Kepimpian Pas

BARANG kali saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang terharu dan sebak apabila menyaksi dan mendapat tahu muktamar Pas ke -54 yang di Ipoh Perak selama empat hari berakhir dengan selamat, jaya dan berlangsung dalam suasana penuh semangat keIslaman yang tinggi.

Tidak ada apa-apa kontroversi yang berlaku pada muktamar berkenaan.

Di sinilah unit dan istimewanya Pas sebagai jemaah Islamiyah. Dalam apa keadaan dan suana sekalipun Pas dapat mengekalkan rekodnya sebagai jemaah profesional yang berpegang pada prinsip ukhwah Islamiyah sejati dan tidak mudah diganggu gugat oleh anasir luar yang senantiasa mencemburui Pas.

Sebenarnya tahap politik dan ukhwahan Islamiyah para pemimpin dan seluruh ahli sangat tinggi!

Semua isu yang sebelum ini dikira boleh menghagatkan muktamar berkenaan dan dikatakan berpotensi untuk menimbulkan pergeseran sesama sendiri diselesai dengan baik dan jaya. Empat tunggak prinsip dan dasar Pas seperti mana termaktub dalam perlembagaan asal Pas benar-benar dihayati dan dilaksanakan oleh ahli Pas. Pas mencari penyelesaian kepada maslaah dan kekeliruan yang timbul seperti menarik rambut dalam tepong. Syabas.

Secara ikhlas saya nyatakan, saya begitu bimbang pada muktamar kali ini takut ada sesuatu insiden tidak elok akan berlaku. Desas desus yang kedengaran sebelum ini sangat mewalangkan hati. Kerana itulah sebelum bertolak ke Ipoh saya berdoa agar tidak akan tercetus apa-apa insiden pada muktamar itu. Saya tidak mahu melihat kuntuman bunga kejayaan dan kewangian yang mula merebak dalam Pas kini musanah di tengah jalan.

Justeru itu sebelum Muhammad Daund Iraqi membaca doa selamat untuk muktamnar, selepas ucapan perasmian oleh Presiden Abdul Hadi Awang, saya awal-awal lagi sebaik melangkah masuk ke dewan muktamar pada hari perasmian telah berdoa panjang. Mengharap biarlah muktamar itu dibimbing Allah s.w.t. dari awal hingga akhir. Allah menyejukkan hati dan mendamaikan semua yang hadir.

Betapa ketika berada dalam dewan muktamar hati saya begitu terharu bercampur bahagia apabila melihat kepada para perwakilan dan pemerhatian yang memenuhi dewan. Saya jadi terkutik dan diam! Mereka saya anggap sebagai bunga-bunga dan putik Islam yang sedang berkembang dan bertunas bakal mewangi ke seluruh alam. Di bahu merekalah tergantungnya harapan nusa, bangsa dan agama!

Di pentas pula saf kepimpinan Pas berada segak dengan pakaian tersendiri. Dari wajah mereka yang terpamer seolah terpancar cahaya keimanan dan ketakwaan yang tinggi. Saya yakin dan percaya hati-hati mereka yang berada di dalam dewan khasnya di pentas sudah ditapis oleh Allah. Kalau hati mereka tidak ditapis tidak mungkin mereka terbuka hati dan betah (kalis) untuk bersama Pas.
Kerana itu saya yakin barisan kepimpinan yang ada hari ini mampu untuk mengemudikan Pas sebagai wadah siasah yang progresif dan sesuai untuk rakyat dan negara ini. Mereka sedikit sebanyak telah diuji dengan pelbagai cabaran, kuasa, pangkat dan bujukkan namun akhirnya mereka tetap menggunakan akal dan formula yang menjadi amalan parti mereka sejak setengah abad lalu. Mereka tidak mudah terjuna dengan tawaran madiyyah itu.

Dalam barisan kepimpinan hari ini bermula dari Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Dewan Pemuda, Ketua Dewan Muslimat tidak ada siapa yang terkurang satu pun. Semuanya relevan dan unggul sebagai pemimpin Pas dan pemikul ad-den. Demikian juga dengan barisan Ahli jawatankuasa Agung serta pegawai-pegawai parti, Setiauaha Agung, Bendahari Agung adalah pemimpin terpilih yang ikhlas, jujur dan gigih berjuang untuk Islam menerusi Pas. Komitmen dan iltizam mereka tidak boleh dipertikaikan.

Kerana itu kalau muktamar yang berlangsung selama empat hari itu berjalan dengan baik adalah kerana kebijaksanaan saf kepimpinan Pas. Tidak ada sesiapa antara mereka yang cuba menonjolkan kepentingan diri atau pun mencari pangkat melainkan ikhlas dan jujur menggerak parti untuk mencapai mardthatilah. Setelah masing-masing berusaha akhirnya mereka bersedia menyerahkan kepada ketentuan jamak. Inilah baik dan bijaknya Pas.

Sekali lagi tahniah dan syabas kepada Pas. Semoga mereka akan terus mengekalkan rekod tanpa kalah - rekod tidak boleh diadu dombakan oleh musuh, rekod persefahaman yang tinggi dan rekod bersedia ditegur oleh sesiapa jua. Saya bersetuju dengan kata-kata Setiausah Agung, Kamarudin Jaaffar, muktamar adalah medan tempat berbalah mencari kebenaran dan kebaikan. Hendaknya Pas akan kekal dengan amalan dan prinsip ini.

Sesudah muktamar berakhir dan semuanya akan kembali bekerja semula mengikut peranan dan tugas masing-masing. Perjuangan jauh dari berakhir! Jabatan salam di hari perpisahan hendaknya tidak akan terlepas dan kehangatan telapak tangan kawan masing-masing akan terus kekal abadi di dalam jiwa. Dan persefahaman di Ipoh hendaklah dijadikan titik tolak kepada menjanakan semangat bukan saja menguatkan Pas tetapi menjadikan Pas sebagai peneraju politik negara Malaysia di masa akan datang. Yakinlah dan bersiap sedialah Islam akan menang akhirnya. [d'kota.kl 6:30 am 18/08/08]

Lagi Gambar MEMBARA 2008

Program tahunan pemuda DUN Batu Rakit kali ke 3 di adakan agak lewat pada tahun ini berikutan PRU yang di hadapi pada mac, di ikuti Mesyuarat Agung Kawasan, barulah dapat di adakan program ini pada 25 & 26 Julai 2008 yang lepas. Di harapkan pada tahun hadapan MEMBARA dapat di buat lebih awal sekitar Mei InsyaAllah.

Program ziarah veteran PAS di Cawangan tuan rumah MEMBARA, Caw Bukit Cempaka. Antara orang tua pejuang Islam yang sempat mengenali dan sempat berguru dengan Arwah Tok Ku Paloh. Banyak menyampaikan nasihat dan pesanan kepada kami generasi baru ini.
Ini pula antara pengasas PAS Cawangan yang tetap setia bersama perjuangan Islam. Kami kunjungi beliau yang sedang berada dalam kebun sayur untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar menelusuri perjuangan yang panjang ini.
Pak Omar yang menghidapi penyakit kencing manis ini pun adalah veteran PAS cawangan. Berita yang di terima selepas seminggu ziarah ini di adakan, Pak Omar kembali kerahmatullah akibat penyakit yang di deritai ini. Al fatihah.
Antara acara menarik MEMBARA pada kali ini adalah acara pertandingan bolasepak 5 sebelah yang mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 20 pasukan daripada seluruh DUN. Masih ada cawangan yang merungut kerana pasukan mereka tidak di terima lagi kerana masalah jadual yang terlalu padat dan masa.
Johan larian Amal daripada pemuda Cawangan Darat Batu Rakit. Jauh meninggalkan peserta lain.
Menyampaikan sedikit ucapan sebelum penyampaian hadiah dan cenderamata pada majlis penutup program yang di adakan pada sebelah malam.Medal kemenangan dalam pertandingan Bolasepak 5 sebelah yang di adakan pada sebelah petang. Wakil Bukit Nenasi menerima medal.
Wakil Pasukan Maras turut mendapat medal bolasepak 5 sebelah.
Ini pula Hamper dan piala pusingan hadiah johan pertandingan tarik tali antara cawangan yang menjadi acara tetap MEMBARA.

Ini dia penerima cabutan bertuah utama berupa sebuah Talifon bimbit untuk cabutan 10 peserta pertama Larian Amal yang di adakan pada sebelah pagi. Adik Anizam meskipun mendapat no 3 ketika larian, bertuah kerana menjadi penerima hadiah utama. Tahniah.

Larian Amal merentas desa sejauh hampir 4 kilometer juga menjadi acara tahunan bermula MEMBARA 2007.

MEMBARA 2008

Gambar-gambar sekitar MEMBARA 3 yang di adakan di Kg Bukit Cempaka, Batu Rakit.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merangkap Ketua lujnah Tarbiyyah DPPNT di pilih merasmikan MEMBARA pada tahun ini.















Ketua Pemuda DUN sedang berucap

Ust Mohd Yaakub turut menyampaikan taujihat kepada pemuda-pemuda DUN pada majlis perasmian ini. Ust Mohd Souffi Ismail, Timbalan Ketua Pemuda DUN sebagai Pengerusi majlis.

Ahad, 9 Disember 2007

Hi-Tea Untuk Kutip Dana Kebajikan

Ustaz Azman Syafawi menjadi tetamu bagi satu majlis Hi Tea untuk Tabung Kebajikan Pemuda DUN Batu Rakit yang di adakan pada 22 Nov 07 yang lepas. Walaupun sasaran kehadiran seramai 100 orang tidak tercapai, namun sambutan sangat menggalakkan daripada Pemuda yang sanggup hadir walaupun di buat petang hari bekerja. Kehadiran hanya sekitar 65 orang. Tetapi majlis agak meriah dengan adanya 5 hamper cabutan bertuah yang di sediakan oleh pihak penganjur.

Hasil jualan kupon majlis Hi tea tersebut sedang di gunakan sekarang oleh Lujnah Kebajikan Pemuda DUN yang sedang giat mengatur program ziarah ke cawangan-cawangan. Program ziarah ini di tumpukan ke rumah pemuda-pemuda atau keluarga yang daif samaada daif dari segi kesihatan mahupun kewangan. Ada juga melibatkan orang tua uzur yang secara langsung juga adalah ibu bapa kepada pemuda-pemuda itu sendiri.

Selasa, 4 Disember 2007

CABARAN PEMUDA

Tenggelam timbul. Beberapa bulan tak update, hari ni rasa nak sambung dan hidupkan semula blog ni. Yelah, kalau tak menulis di sini, kat mana lagi nak asah bakat dan rakamkan isihati. Kalau dalam diari biasa, lepas habis tahun akan terbuang begitu sahaja.

Pilihanraya semakin dekat. Harapan kepada Dewan Pemuda memperkasakan pergerakan Parti bagi memungkinkan kemenangan gemilang dalam PRU akan datang, nampaknya agak semakin hambar kebelakangan ini. Dewan Pemuda sendiri belum dapat membuktikan gerak kerja mereka mampu menampung harapan begitu besar yang di gantungkan kepada mereka. Setakat ini mengikut pemerhatian umum dalam Parti, atau mungkin lebih khusus berkait perkembangan gerak kerja di Terengganu, Dewan Pemuda (DP) belum lagi menunjukkan kewibawaan sebenar sebagai Pimpinan yang bersedia mengambil alih, memimpin sebuah kerajaan jika di beri kemenangan oleh Allah dalam PRU akan datang.

Kita tak bercakap berkenaan kesungguhan pimpinan utama DP, kerana mereka memang bersungguh. Mereka telah bekerja secara All Out bermula sejak sekian lama. Tetapi apabila di lihat kemampuan peringkat pertengahan, agak merungsingkan kita. Turun lebih bawah lagi ke peringkat DUN dan UPU lagi pening kita memikirkan tahap kerja mereka. Daripada situ di persoalkan sejauh mana kewibawaan kepimpinan utama menggarap pergerakan petugas Pemuda bagi memungkinkan gerak kerja berjalan dengan lebih lancar.

Sengaja di luahkan perkara ini walaupun mungkin hanya akan menambahkan lagi tekanan kepada petugas-petugas parti yang siang malam bekerja sekarang ini. Sementara menunggu gendang PRU di bunyikan bila-bila masa sekarang, muhasabah juga perlu di buat agar kesungguhan dapat di pertahankan. Pemuda perlu di cabar agar lebih bersemangat. Cabaranlah yang akan menambahkan kesungguhan Pemuda. Sebagai contoh, jika satu-satu program biasa yang di maklumkan supaya hadir, tidak ada kesungguhan Pemuda untuk turut serta. Tetapi jika di beritahu ada FRU atau sekatan- sekatan tertentu, maka kita akan melihat kehadiran Pemuda kita yang agak bersemangat..... sambung semula nanti InsyaAllah

Jumaat, 31 Ogos 2007

Ajk PAS Kawasan Setiu 2007 / 09

1 Mohd Pauzi bin Muda Yang Dipertua 019 9819442
2 Tengku Ahmad b T Hussain Timbalan YDP 013 9206060
3 Azmi bin Maarof Naib YDP 013 9078640
4 Haji Nik Razin b Nik Mat U Ulama' 013 9276348
5 Shaharizukirnain b Ab Kadir K. Pemuda/Penerangan 014 8424548
6 Hjjh Safinah binti Jusoh K. Muslimat 019 9570300
7 Mohamad Nazari bin Alias Setiausa 019 9108432
8 Haji Awang bin Talib Bendahari 019 9343602
9 Mohd Rosdi bin Ibrahim Keselamatan 013 9062684
10 Aminuddin bin Umat Ahli Jawatankuasa 019 9102966
11 Zul Bhari bin Abd Rahman Ahli Jawatankuasa 012 9013566
12 Tgk Nawawi b Tg Abd Kadir Ahli Jawatankuasa 019 9891140
13 Haji Hassan bin Karim Ahli Jawatankuasa 019 9847179
14 Haji Abd Aziz bin Seman Ahli Jawatankuasa 013 9168996
15 Wan Ramli bin Wan Abdullah Ahli Jawatankuasa 019 9847381
16 Nordin bin Said Ahli Jawatankuasa 019 9890745
17 Abdul Zaman bin Mohamad Ahli Jawatankuasa 013 9641553
18 Haji Shamsudin b Abd Wahab Ahli Jawatankuasa 019 9566956
19 Zakaria bin Abdullah Ahli Jawatankuasa 013 9397291
20 Haji Abdul Ghani bin Muda Ahli Jawatankuasa 09 6099684
21 Hassan bin Hitam Ahli Jawatankuasa 013 9217018
22 Haji Mohamad bin Awang Teh Ahli Jawatankuasa 019 9872964
23 Azman bin Ibrahim Ahli Jawatankuasa 019 9421964
24 Hassan Basari bin Wan Omar Ahli Jawatankuasa 019 9344980
25 Rosli bin Othman Ahli Jawatankuasa 013 9186612
26 Haji Mohamad bin Yaakub Ahli Jawatankuasa 017 9365098
27 Rozali bin Muhammad Ahli Jawatankuasa 014 8326017
28 Muda bin Abdullah Ahli Jawatankuasa 014 2959625
29 Haji Hasbullah bin Mat Ahli Jawatankuasa 019 9858340
30 Haji Baharun bin Abdullah Ahli Jawatankuasa 019 9363409
31 Azhar bin Jusoh Ahli Jawatankuasa 013 9832467
32 To' Puan Zaitun bt Salleh Ahli Jawatankuasa 013 9155004
33 Hjjh Maznah bt Muftahudin Ahli Jawatankuasa 012 9219758
34 Raja Endun bt R A Rahman Ahli Jawatankuasa 012 9593482

Rabu, 29 Ogos 2007

REHLAH KELUARGA



Sukaneka kanak-kanak


Pertandingan menembak


Pertandingan menyelam

Bergotong-royong menyediakan makanan tengahari


Penyampaian hadiah-hadiah

Khamis, 16 Ogos 2007

ZINA

"Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati.
Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:
Yang Ikhlas yang dihormati.
Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi) : Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya.Semua adalah halal bagi Machiavelli.Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya!
(Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran. Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(*- Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)"