Selasa, 20 Januari 2009

Sabtu, 17 Januari 2009

Hari Mengundi

Hampir pukul satu tengahari di Pusat Mengundi Bukit Besar, K. Terengganu. Suasana masih terkawal walaupun Pemuda dan Puteri UMNO cuba membuat provokasi menaikkan suhu dalam cuaca yang agak panas hari ni. Dalam alunan selawat perayu undi PAS sempat lagi Puteri UMNO menunjukkan goyang Inul nya dan bertempik entah apa-apa ( Bahasa yang tak patut di tulis di sini ).

Entah apa nak jadi dengan budak-budak perempuan Melayu didikan UMNO ni, tak tahulah. Sangat Kurang Ajar dan biadab.Alhamdulillah pemuda dan muslimat PAS tidak terikut-ikut rentak yang cuba di cipta oleh mereka.

Pengundi sudah lebih 50 peratus keluar dan di UPU Bukit Besar yang mengandungi empat saluran mengundi, saluran dua paling ramai mengundi setakat ini. Gambar-gambar akan menyusul selepas ini, InsyaAllah.

Isnin, 12 Januari 2009

Kempen

Malam tadi sempat saya meninjau kerja-kerja yang di lakukan oleh sahabat-sahabat pemuda Batu Rakit terutama membantu menaikkan bendera dan poster. Di Pos pula di adakan tayangan LCD perkembangan terkini Pilihanraya dan Isu-Isu semasa.

Pemuda kita sememangnya bersemangat buat kerja. Ada yang berulang alik setiap malam daripada Batu Rakit ke Kuala Terengganu. Walaupun jaraknya hanya 20 km tetapi dengan menunggang motosikal dan balik pula pukul 2 atau 3 pagi ia adalah kesungguhan yang boleh di banggakan. Terutama mereka yang telah berkeluarga. Ada juga yang terus bermalam di markas dan pos setelah keletihan memasang poster dan mengedar risalah.

Sabtu, 10 Januari 2009

Sejuk

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dan mendung yang berpanjangan menjadikan udara hari ni sangat sejuk. Musim hujan masih belum berlalu. Mujurnya hujan tidak berterusan yang boleh menyebabkan banjir berlaku. Tapi kalau mengikut kebiasaan banjir sama ada kecil atau besar terjadi dua kali dalam satu musim. Musim ini baru sekali iaitu bulan November lepas. Jadi kemungkinan untuk banjir sekali lagi memang ada.

Sebagaimana sejuknya udara hari ini, begitulah setakat ini suasana pilihanraya kecil K. Trg masih lagi sejuk tanpa timbul isu-isu yang boleh memanaskan suasana. Kempen dari rumah ke rumah sedang berjalan oleh kedua-dua pihak, PAS dan UMNO. Calun bebas tak tahulah bagaimana bentuk kempen yang di jalankan dengan ketiadaan jentera yang membantu beliau. Perang poster pun nampaknya tidaklah serancak mana. Mungkin dua tiga hari nak mengundi nanti barulah nak penuhkan poster, tak tahulah..

Satu ensiden berlaku malam kemarin ketika petugas pemuda Batu Rakit membantu menaikkan bendera PAS di satu jalan di UPU Bukit Besar dalam DUN Ladang. Seorang Makcik mengamuk apabila tangga yang di gunakan oleh pemuda tersebut terkena pokok bunga di tepi pagar rumahnya. Banyaklah maki hamun dan leteran yang keluar menyebabkan pemuda kita tu hampir hilang sabar. Namun setelah puas berleter dan beberapa orang pemuda memohon maaf dan di tenangkan oleh kesabaran petugas-petugas kita, perkara tersebut selesai begitu saja. Khabarnya tiang lampu hadapan rumah makcik tersebut belum pernah sebelum ini dapat di pasang bendera PAS. Tapi malam tersebut dengan sedikit kekecohan yang berlaku, akhirnya berjaya juga bendera PAS berkibar hadapan rumah makcik yang kecoh itu.

Harap-harap selepas ini tidak ada lagi ensiden seperti itu atau lebih teruk lagi yang boleh memanaskan suasana... Mereka ( Polis @ UMNO ) sedang menunggu pergaduhan berlaku untuk merasionalkan kehadiran polis yang begitu ramai di PRK ini.. Hati-hatilah...

Jumaat, 9 Januari 2009

Kemenangan PAS Semakin Jelas

Dato' Seri Abdullah Badawi, Presiden UMNO semalam menggesa jentera UMNO bekerja bersungguh-sungguh memastikan kemenangan mereka dalam PRK K. Trg ini. Gesaan itu perkara biasa sahaja sebenarnya.

Tetapi apabila gesaan itu beserta dengan ugutan, iaitu jika Dato' Wan Farid tak menang, maka segala jawatan beliau sebelum ini tidak akan di kembalikan, yang pertamanya seolah-olah jawatan beliau sebelum ini adalah sangat penting kepada rakyat K. Terengganu. Sehingga jika terlepaslah jawatan tersebut daripada Wan Farid maka rakyat K. Terengganu menanggung kerugian yang sangat besar. Keduanya adalah kenyataan yang sangat tidak yakin UMNO akan menang, sehingga terpaksa menggunakan ugutan sedemikian rupa. Yang ke tiga, satu isyarat kepada kem Najib bahawa jika Wan Farid menang, harapan Najib nak jadi PM menjadi agak tipis....... Sekadar bacaan rambang..

Nafi 'politik wang', PM buat lawak yang tak melucukan

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyangkal dakwaan berlakunya politik wang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

"Ini satu lawak tak melucukan pada awal tahun 2009 yang semua orang tahu apa yang PM nafikan itu tidak benar, apakah Pak Lah nak nafikan tidak wujudnya politik wang di kalangan Umno?.

"Apakah Pak Lah sudah terlupa pengakuan MB Pahang, Dato' Adnan Yaakob bahawa Umno mengalami masalah politik wang yang sukar dibendung hari ini.

"Jika dalam Umno pun berlaku politik wang, apatah lagi dalam memancing undi rakyat, ini satu hal yang lawak tapi tak melucukan kerana rakyat telah tahu perihal nafi-nafi Pak Lah ini," kata Mahfuz.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily hari ini tatkala beliau terlantari di Hospital untuk menjalani satu pembedahan kecil esok.

Beliau mengulas penafian Abdullah berhubung dakwaan berlakunya politik wang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ketika ini.

Mahfuz membayangkan betapa rakyat sebenarnya tidak terkejut dengan penafian Abdullah ini malah mengganggapnya itu satu kelaziman Abdullah sejak menerajui Umno.

Mengulas isu yang sama, Calon PAS bagi PRK Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Umno, BN atau semua parti komponennya sememangnya dari dulu hingga sekarang menggunakan politik wang, jentera kerajaan dan media untuk memenangkan mereka.

"Jadi amatlah tak adil dengan kuasa yang ada dan dengan kewangan yang ada pada mereka selaku kerajaan yang memerintah, mereka menggunaka segala entiti ini untuk meraih undi dengan cara mengamalkan politik wang dan ugutan.

"Mereka mengumpan, kalau kami (PAS ) tak ada duit dan kami tak janjikan kewangan atau janjikan material, tetapi jika kami ada duit sekali pun kami tak akan lakukan sedemikan dengan membeli undi, kita tidak boleh beli undi, itu bukan cara," katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali memaklumkan kepada media, beliau sedang mendapatkan bukti dakwaan yang dibuat berhubung berlakunya politik wang dalam PRk Kuala Terengganu.

Beliau juga telah ditemui SPRM bagi memberi maklumat berhubung dakwaannya itu, dan bersedia untuk bekerjasama seterusnya. _

Isnin, 5 Januari 2009

UMNO Semakin Tertekan

Mengikuti beberapa komen dan ulasan pemimpin UMNO sehari dua ini berkenaan calon PAS PRK K. Trg iaitu YB Mohd Abdul Wahid, terasa sangat kebimbangan mereka betapa kemenangan akan berpihak kepada PAS.

Antaranya adalah kenyataan MB Terengganu, Dato' Ahmad Said, bahawa PAS memilih Hj Wahid untuk mengelakkan perpecahan dalaman adalah suara untuk menyedapkan hati kem mereka yang masih terlalu ramai tidak berpuas hati dengan Dato' Wan Farid sebagai calon UMNO. Atau kenyataan itu memang sengaja di ucapkan bagi menunjukkan bahawa pemilihan Dato' Farid tidak boleh menyelesaikan masalah dalaman dalam UMNO Terengganu, sedangkan di pihak PAS telah berjaya mengemukakan calon yang boleh di terima oleh semua pihak, samada dalaman Parti, mahupun pengundi itu sendiri.

Kita percaya bahkan sangat yakin penduduk K. Terengganu sangat mengenali calon PAS sebagai salah seorang pimpinan utama PAS Terengganu dan Yang Dipertua PAS Kawasan K. Terengganu. Kemampuan bertahan sebagai Wakil Rakyat Wakaf Mempelam selama lima penggal berturut-turut sudah cukup membuktikan bahawa YB Hj Wahid sangat di senangi oleh pengundi dan berjaya menjadi YB yang boleh di terima bukan saja oleh pengundi bahkan tidak ada masalah dengan jentera parti semua peringkat. Bahkan beliau di pilih menjadi YDP PAS K. Terengganu setelah tiga penggal menjadi YB, bukannya menjadi YB atas kapasiti sebagai YDP.

InsyaAllah PAS akan menang PRK kali ini..... amin.

Jumaat, 2 Januari 2009

Calon PAS PRK K. TRG

YB Haji Mohd Abdul Wahid bin Haji Endut

Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu
Khairul Azlam dan Intan Abdullah
Thu | Jan 01, 09 | 11:05:26 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm ( Petikan Dari HARAKAHDAILY.NET )_

Rabu, 31 Disember 2008

Ajaib


Semua ciptaan Allah ada keajaiban tersendiri. Cuma jika sesuatu yang telah biasa di lihat dan terjadi di sekeliling kita, tidak lagi keajaiban itu terasa. Sekali sekala melihat perkara luar biasa terjadi, maka ia akan menjadi perhatian dan kepelikan. Begitulah dengan anak kelapa dalam gambar di atas. sebiji buah kelapa telah menumbuhkan dua pohon atau dua tunas atau dua cabang. Banyak pulak atau nya....

Anak kelapa itu adalah daripada benih kelapa kapal atau kelapa renek yang saya tanam menghiasi pagar rumah saya.

Selasa, 30 Disember 2008

1430 Hijriah

Hari ni hari kedua tahun baru hijriah. Setiap detik berlalu bermakna masa yang kita ada semakin mengecil. Kematian menjelang bila-bila masa, sedangkan persediaan pula semakin hari di rasakan semakin kurang berbanding dengan ruang dan peluang yang di sediakan oleh Allah kepada kita.

Bila tiba tahun baru, walaupun bilangan tahun hidup semakin bertambah pada angka, tetapi hakikatnya masa semakin suntuk untuk membuat persiapan dan bekalan menghadapi alam akhirat. Kita sentiasa di peringatkan oleh Al Quran - وتزودوا فإن خير الزاد التقوى Berbekallah. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah bekalan Taqwa.

Bukan soal azam tahun baru, tetapi taqwa menuntut setiap saat dan waktu yang ada perlu di pastikan sentiasa berada dalam keadaan taat kepada perintah Allah dengan mengikut sunnah tinggalan Rasul, samaada suruhan atau tegahan keduanya. Sebut memanglah mudah, bahkan semua orang boleh sebut, tetapi realitinya nak berpegang kepada perintah tersebut di zaman ini terasa bagai menggenggam bara api.

Dalam negara yang tidak di urus tadbir mengikut perihtah wahyu ini, serba serbi bagai ada yang tak kena. Kiri kanan depan belakang kita berhadapan dengan perkara kontra dengan agama. Sudut politiknya, sudut ekonominya, pendidikannya dan sebagainya lagi......

Harapan..? Memang kita di ajar supaya sentiasa meletakkan harapan kepada Allah. itulah salah satu sayap yang di sebut oleh Imam Ghazali untuk menuju keredhaan Ilahi. Khauf dan Roja' iaitu Takut dan Harap. Mudah-mudahan kembalinya kita nanti di terima oleh Allah Rabbul Jalil..