Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dan mendung yang berpanjangan menjadikan udara hari ni sangat sejuk. Musim hujan masih belum berlalu. Mujurnya hujan tidak berterusan yang boleh menyebabkan banjir berlaku. Tapi kalau mengikut kebiasaan banjir sama ada kecil atau besar terjadi dua kali dalam satu musim. Musim ini baru sekali iaitu bulan November lepas. Jadi kemungkinan untuk banjir sekali lagi memang ada.
Sebagaimana sejuknya udara hari ini, begitulah setakat ini suasana pilihanraya kecil K. Trg masih lagi sejuk tanpa timbul isu-isu yang boleh memanaskan suasana. Kempen dari rumah ke rumah sedang berjalan oleh kedua-dua pihak, PAS dan UMNO. Calun bebas tak tahulah bagaimana bentuk kempen yang di jalankan dengan ketiadaan jentera yang membantu beliau. Perang poster pun nampaknya tidaklah serancak mana. Mungkin dua tiga hari nak mengundi nanti barulah nak penuhkan poster, tak tahulah..
Satu ensiden berlaku malam kemarin ketika petugas pemuda Batu Rakit membantu menaikkan bendera PAS di satu jalan di UPU Bukit Besar dalam DUN Ladang. Seorang Makcik mengamuk apabila tangga yang di gunakan oleh pemuda tersebut terkena pokok bunga di tepi pagar rumahnya. Banyaklah maki hamun dan leteran yang keluar menyebabkan pemuda kita tu hampir hilang sabar. Namun setelah puas berleter dan beberapa orang pemuda memohon maaf dan di tenangkan oleh kesabaran petugas-petugas kita, perkara tersebut selesai begitu saja. Khabarnya tiang lampu hadapan rumah makcik tersebut belum pernah sebelum ini dapat di pasang bendera PAS. Tapi malam tersebut dengan sedikit kekecohan yang berlaku, akhirnya berjaya juga bendera PAS berkibar hadapan rumah makcik yang kecoh itu.
Harap-harap selepas ini tidak ada lagi ensiden seperti itu atau lebih teruk lagi yang boleh memanaskan suasana... Mereka ( Polis @ UMNO ) sedang menunggu pergaduhan berlaku untuk merasionalkan kehadiran polis yang begitu ramai di PRK ini.. Hati-hatilah...
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan