Selasa, 9 Jun 2009

Stadium Runtuh: Pelik ke?


Sewaktu berkempen dalam PRU 11, 2004 yang lalu, Dato' Seri Idris Jusuh pernah menyatakan jika UMNO menang, rakyat Terengganu akan melihat pembangunan yang tak pernah di lihat. Memang beliau sedikit sebanyak mengotakan janji tersebut apabila beliau berjaya menjadi MB Terengganu selama sepenggal. Antara yang masyhur ialah Taman Tamadun Islam yang didirikan didalamnya Masjid Kristal di tepi sungai Terengganu iaitu di Pulau Wan Man. Yang jelas sekarang rakyat Terengganu lihat sendiri bahawa projek tersebut boleh di umpamakan seperti membuang saja-saja duit rakyat RM beratus juta tersebut ke dalam Sungai Terengganu. Memang tak pernah di lihat.... orang guna duit begitu banyak untuk mengkayakan beberapa individu tertentu di kalangan mereka.

Stadium di Gong Badak itupun adalah projek beliau. Oleh kerana nak buat stadium lain dari yang lain, maka bumbung tanpa tiang di bina tanpa mengambil kira faktor cuaca basah dan lembab negara Malaysia berbanding negara yang sedikit turun hujan. Tetapi yang utamanya ialah apabila rasuah yang membarah dalam UMNO itu lah yang menjadi penyebab apabila peruntukan yang sepatutnya cukup untuk membina stadium itu sesuai dengan model tersebut, dalam perjalanan untuk sampai kepada kontraktor yang buat kerja di kenakan persen-persen tol yang berlapis-lapis, menyebabkan pertamanya kos melambung naik ketahap yang tak sepatutnya dan yang kedua kos yang tak sepatutnya itupun masih tidak mencukupi untuk membiayai bangsal-bangsal tol tersebut. Akibatnya berlakulah apa yang berlaku perkara yang tak pernah di lihat oleh manusia mahupun jin..... Stadium yang begitu canggih, di gemakan sentero alam sebagai paling moden, di guna baru setahun ranap menyembah bumi. Lebih memalukan stadium itu di namakan dengan nama DYMM Sultan Terengganu yang menjawat Jawatan Yang Dipertuan Agung sekarang. Oh negeriku...

Tiada ulasan: