Selasa, 23 Jun 2009

Isu UG Dah Selesai.....

Setelah isu UG di katakan telah selesai dengan pengishtiharan Majlis Presiden Pakatan Rakyat semalam, artikel di bawah ini rasanya perlu di jadikan bahan renungan dan kenangan.

Sebaik ketibaan TG Presiden daripada lawatan kerja di eropah, beliau terus sibuk dengan beberapa mesyuarat penting yang menghasilkan beberapa keputusan. Walau apapun natijah daripada keputusan dan tindakan selepas ini, antara penyakit sebenar yang melanda jemaah sekarang adalah apa yang cuba di jelaskan oleh penulis di bawah. Moga Allah segerakan dedah siapa punya angkara yang menjadi mastermind dalam kemelut yang berlaku...

Catatan London

oleh : Muhaimin Sulam ( sekarang berada di England )


  1. Balik dari London. Aku dengar balik rakaman perbincangan dengan Tuan Guru. Lebih sejam perbincangan itu.

  1. Satu demi satu aku dengar berkali-kali rakaman itu. Adaperkara baru dan ada yang lama diberitahu oleh Tuan Guru Presiden. Yang lama, aku tak mau ulang lagi.

  1. Konsep Kerajaan Perpaduan adalah idea Presiden PAS yang harus dilihat pada latar belakangnya mengapa idea itu dilontarkan. Seperti juga idea Projek 16 September. Itu adalah idea Anwar Ibrahim sendiri. Rahsia dalam rahsia (istilah aku). Memanglah dalam hal ini, akupun setuju dengan Anwar. Tak kan nak heboh semua tentang perincian projek itu. Ini projek politik, bukan projek perumahan yang lengkap maklumatnya. Masalahnya, apabila ahli semua nak tahu apa pemimpin buat. Apa yang pemimpin fikir. Apa yang pemimpin impikan.

  1. Bagi Tuan Guru, Projek 16 September mestilah menguntungkan Islam. Majoriti yang menyokong mestilah daripada ahli Parlimen muslim. Ini bermakna, Projek 16 September mesti mendapat sokongan kuat daripada ahli Parlimen UMNO.

  1. Dalam siasatan oleh beberapa ahli Parlimen PAS (tak perlu sebut nama), antara lima ahli Parlimen BN yang hendak menyokong Projek 16 September, tidak begitu meyakinkan. Walaupun Anwar dakwa ada lebih 20 ahli Parlimen BN akan menyeberang.

  1. Pertemuan dengan pimpinan Umno selepas PRU 12 samada secara gelap atau terang, itu dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan juga beberapa pimpinan PAS. Yang gelap, diterang-terangkan. Yang terang, digelap-gelapkan oleh tangan yang tidak bertanggungjawab. Hati sudah gelap.Tidak mahu menerima penjelasan yang mudah.

  1. Mengapa boleh berlaku begini? Sebab ada `orang kita’ lebih senduk dari kuah (istilah aku) bila melihat idea orang lain. Kagum dengan parti lain. Tanpa melihat sejarah perjuangan parti yang tidak pernah khianat dalam berjuang. Terlalu ghairah dengan undi yang diterima dari bukan Islam semasa PRU 12. Takut hilang sokongan daripada mereka.

  1. Ada ‘cerita lain’ yang timbul daripada isu idea Kerajaan Perpaduan. Idea itu dijadikan alasan untuk menimbulkan keributan dalam parti. Cerita lain. Tuan Guru kata, kita sebagai manusia memang ada kelemahan. Tuan Guru sendiri sebut, beliau juga ada melakukan kesilapan. Itu kelemahan sebagai manusia. Cuma jangan kesilapan diselesaikan dengan kesilapan lain.

  1. Di penghujung pertemuan itu, aku minta pimpinan PAS 'lebih bijaksana' dalam melakukan tindakan terutama tindakan 10 ahli parlimen PAS membuat kenyataan di Parlimen. Aku sebenarnya tidak mahu sebut istilah `lebih bijaksana' itu. Macamlah kami kat sini hebat sangat. Nak nasihat orang yang lebih hebat. Tapi Tuan Guru berkata, ‘kena sebut itu (lebih bijaksana)!' Mungkin Tuan Guru kata begitu, untuk memberikan ingatan.

  1. Satu lagi, beliau menjelaskan beberapa parti dan gerakan Islam di Jordan, Turki, Indonesia, Kuwait berpecah, hilang pengaruh setelah menang kerana merasa partinya kuat, pendiriannya betul, menghukum musuh berlebihan dan sebagainya. PAS jangan sampai begitu.

10. Itu sahaja. Bacalah dengan jiwa yang tenang, lapang dan berhikmah.


Tiada ulasan: