Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi semalam, YAB Nizar MB Perak di laporkan akan mengadap Sultan bagi memohon pembubaran DUN. Belum lagi penamaan calon bagi DUN Penanti, P. Pinang untuk PRK di sana, tiba-tiba kemungkinan untuk Pilihanraya DUN Perak pula menjelma.
Beberapa Pilihanraya Kecil yang sambung menyambung ini menyebabkan kita sebagai petugas ini menjadi amat letih. Letih pemikiran, letih badan termasuk letih poket. Kalau sebagai pemerhati memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi bila setiap kali Pilihanraya Parti sokongan kita menang. Rasa kalau boleh setiap hari pilihanraya pun tak apa.
Bagaimanapun apabila bercakap tentang perjuangan, keperluan untuk menegakkan Islam, terutama zaman sekarang kita mengambil wasilah pilihanraya, mahu tidak mahu kita mesti hadapi. Walaupun pilihanraya di adakan sebulan sekali pun, kita tetap sertai sebagai petugas untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Islam.
Adalah di harapkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam itu akan membuka jalan penyelesaian bukan sahaja krisis Perak yang berlarutan beberapa bulan ini, bahkan krisis keyakinan kepada Najib sendiri. Kerakusan PM baru Najib untuk memperlihatkan kehebatan terbukti masih gagal setakat ini. Dengan deretan kekalahan PRK, palitan skandal pembunuhan Altantuya dan berbagai skandal lagi dengan terakhir ini keputusan Mahkamah yang berpihak kepada PR, sepatutnya Najib boleh memikirkan untuk mendapat mandat baru secepat mungkin. Bubarkan Parlimen untuk di adakan PRU sebelum keadaan lebih parah..
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
4 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan