Serangan balas daripada UMNO berikutan kemasukan ADUN Bota dalam PKR minggu lepas adalah dengan rasuah. Agak menarik sebenarnya drama yang sedang berjalan. UMNO masih lagi pro aktif. Setelah tertekan dengan kes ADUN Bota, terus mengambil tindakan balas yang memang mengagumkan bagi permainan politik peringkat tinggi ini. Sesuatu yang boleh juga di pelajari oleh ahli-ahli politik yang baru meningkat naik.
Malangnya dan kalau boleh di katakan ironinya, penyelesaian atau tindak balas yang di lakukan oleh UMNO adalah dengan ugutan dan rasuah. Memang budaya UMNO begitu. Dulu, kini dan harap-harap tidak selamanya ( kerana kita sentiasa berdo'a supaya saudara-saudara kita dalam UMNO akan sedar dan kembali ke pangkal jalan suatu hari nanti ).
Apa yang boleh kita baca daripada episod yang sedang berjalan ini, dengan perangkap rasuah yang di kenakan kepada dua EXCO PKR beberapa bulan lepas di gunakan sepenuhnya bagi mengugut dan menawarkan rasuah yang lebih besar supaya dua EXCO tersebut mengikut kehendak mereka. Kalau diperhati, boleh di katakan umum membuat bacaan begitu.
Rasanya amat malang jika EXCO berkenaan keluar PKR dalam masa terdekat untuk menyelesaikan kes mahkamah mereka. Sebaliknya jika mereka dapat pertahankan perinsip perjuangan di saat ujian yang hebat ini, mereka akan di sanjung sebagai wira dan akan menyerlahkan kehebatan di mata masyarakat khususnya pejuang-pejuang PR.
Kita masih menunggu kesudahan episod ini. Cuma apa yang di harapkan dan menjadi perhatian kita, bagaimana pula permainan ini di sahut dan di ambil tindak balas seterusnya oleh pimpinan kita sendiri dalam menangani isu ini...
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan