48 tahun dulu.. 1961, kerajaan PAS Terengganu di jatuhkan dengan undi tidak percaya setelah beberapa ADUN di culik, di ugut dan di beli dengan rasuah politik yang sangat jijik. Kita cuma baca kisah itu dalam lipatan sejarah. Sejarah pula di olah dengan pelbagai versi. Tapi apa yang dapat di fahami kerajaan tersebut dikalahkan dengan lompatan ADUN setelah menang melalui pilihanraya dengan tiket parti lain, tiba-tiba setelah bergelar YB, diatas kepentingan diri masuk pula parti lain.
Kini sejarah itu berulang lagi. Depan mata kita. Dan sejarah ini akan di baca lagi oleh generasi akan datang dan mungkin sejarah ini akan berulang lagi dan lagi. Bukan soal orang politik dan tidak politik. Soalnya apabila manusia yang tidak beriman kepada wahyu, dengan fitrah kejadian yang sangat kasihkan harta dan pangkat itu, memungkinkan peristiwa rasuah dan menjual harga diri ini berlaku sampai bila-bilapun.
Setelah kecewa melalui peti undi pada PRU 13, PRK Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu, UMNO menzahirkan apa yang cuba di sembunyikan, siapa mereka sebenarnya. Itulah manusia-manusia yang di sanjung oleh tok-tok imam UMNO sebagai waliyul ahdi yang wajib di taati sebagai pemerintah. Kalau mereka merasuah rakyat dalam musim pilihanraya dengan wang yang begitu banyak, mereka namakan sebagai bantuan kepada rakyat. Tapi bila mereka beli ADUN untuk tubuh kerajaan, adakah pembelian itupun atas nama bantuan? Mengkhianati pilihan rakyat dalam pilihanraya itu satu bantuan? Bukan mudah untuk rakyat mengundi parti-parti selain BN sebenarnya. Dengan serangan media yang di kuasai sepenuhnya oleh mereka, dengan pelbagai ugutan yang di hamburkan, dengan begitu banyak rasuah yang di taburkan dan berbagai lagi usaha yang di lakukan bagi menyekat rakyat mengundi selain mereka, bila rakyat dengan berani membuat perubahan, tiba-tiba dengan begitu mudah YB-YB yang di pilih untuk mewakili mereka berubah ini, di beli dan mengkhianati pilihan rakyat. Apa lagi yang boleh di katakan kepada golongan serti ini..
Setakat ini kerajaan PR Perak belum di bubarkan. Kita masih menunggu kebijaksanaan (?) Sultan Perak membuat keputusan. Samaada menerima perasuah menganbil alih kerajaan bersama dengan katak-katak yang jijik itu, atau membubarkan DUN dan memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru sekali lagi. Samada PR dapat memenangi semula pilihanraya jika di adakan, itu soal lain. Tapi jika di teruskan dengan YB-YB yang tidak ada perinsip itu, kemana rakyat negeri Perak hendak di bawa....
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan