Rabu, 21 Januari 2009

Ghazzah

Ghazzah adalah bumi ummat Islam. Ramai yang menyatakan simpati. Ramai juga yang menyumpah-nyumpah Israel sebagai kejam dan ganas. Sebahagian besar menunjukkan simpati dengan sumbangan derma dan do'a, termasuk qunu' Nazilah dalam setiap solat. Operasi lebih 20 hari tentera Israel kononnya memerangi pengganas Hammas, meragut nyawa lebih 1000 penduduk Palestin dan ramai lagi yang tercedera.

Serangan Yahudi terhadap Arab Palestin bukan baru sebulan dua ini. Sejak konspirasi antarabangsa mengisytiharkan kewujudan negara haram Israel, sudah berapa puluh ribu penduduk Palestin menjadi korban. Serangan di lakukan secara berterusan. Cuma dalam masa 20 hari ini serangan itu kelihatan di buat secara besar-besaran sehingga meninggalkan angka korban yang begitu besar dalam waktu sesingkat itu.

Sebenarnya masalah Palestin bukan masalah penduduk Palestin dan Arab semata-mata. Masalah Palestin adalah masalah ummat Islam seluruhnya. Baitul Maqdis adalah simbol kekuatan ummat Islam. Di zaman kemuncak kekuatan, ummat Islam berjaya menawan Palestin. Zaman Saidina Omar dan zaman Salahuddin Al Ayuubi adalah zaman kemegahan ummat Islam. Waktu itu Islam berjaya mengalahkan musuh dan menguasai Palestin.

Derma yang di hulurkan adalah perlu bagi meringankan beban kekurangan makanan penduduk Palestin. Do'a juga adalah penting supaya di beri kekuatan dan ketabahan kepada pejuang-pejuang yang mempertahankan bumi ummat Islam itu. Tetapi keperluan sebenar Palestin bukan sekadar itu. Tanggungjawab ummah seluruhnya adalah mengembalikan semula kekuatan ummah secara menyeluruh supaya dengan itu Islam kembali menguasai dunia termasuk menawan semula bumi yang menjadi perebutan dan simbol kekuatan mereka yang menguasainya iaitu bumi Palestin.

Negara-negara ummat Islam termasuk negara kita ini mestilah di bebaskan daripada penjajahan pemikiran dan undang-undang yang masih di kuasai oleh golongan sikular. Dasar negara mestilah meletakkan AlQuran dan Sunnah sebagai rujukan tertinggi dan di pastikan tidak menyeleweng daripada dasar itu. Itulah keutamaan perjuangan ummah di seluruh dunia. Segala keupayaan perlu di gembeling kearah cita-cita itu. Bila seluruh ummah dapat di atur urus dengan hukum Islam sebenar, barulah Palestin dapat di bebaskan dan kita dapat menguasai bumi yang menjadi simbol kekuatan itu.

Perjuangan ini bukan satu kerja yang mudah. Kalimah Jihad itu sendiri memberi pengertian "kesungguhan yang tidak berbelah bagi". Ummah mesti di sedarkan di mana kekuatan yang perlu mereka miliki. Bukan kekayaan harta yang menjadi kemegahan ahli dunia, tetapi kekuatan sebenar ummah adalah akidah yang mantap serta ukhuwwah sebagaimana pernah di tunjuk ajar oleh zaman keagungan dahulu. Wala' dan patuh hanya kepada Allah dan Rasul serta Pemimpin yang berwala' kan Allah dan rasul.

Kita sentiasa berharap, berdo'a serta berjihad bagi mencapai kekuatan tersebut. Pengorbanan yang di sebut oleh Al Quran sangat perlu di fahami bagi merielisasikan cita-cita kemenangan. Pengorbanan harta dan nyawa sebagaimana pernah di lalui mereka terdahulu perlu di lalui semula jika kita berhasrat mencapai kegemilangan sebagaimana mereka. Pelajarilah Sirah mereka, InsyaAllah Palestin dapat kita kuasai semula dan membebaskan penderitaan penduduk Palestin dan ummah seluruhnya.

Tiada ulasan: