Isnin, 15 Mac 2010
Hari Keluarga DUN 13 Mac 2010
Rabu, 24 Februari 2010
Hari Keluarga DUN Batu Rakit

InsyaAllah setelah lebih kurang 15 tahun tidak mengadakan Hari Keluarga DUN, pada 13 Mac ini pihak JKPR Batu Rakit akan menganjurkan program tersebut secara besar-besaran. Program ini akan melibatkan seluruh ahli dan penyokong PAS dalam DUN Batu Rakit termasuk Pemuda dan Muslimat semua peringkat umur. Persiapan dan promosi ke arah menjayakan Hari keluarga ini sedang giat di jalankan oleh AJK Panitia yang di lantik.
Isnin, 11 Januari 2010
Pemuda DUN Batu Rakit 2004-2009- 3
Kepayahan dan derita sepanjang perjalanan itu banyak mengajar erti tabah dan mengenali liku-liku perjuangan. Tidak sedikit air mata yang tumpah, bukan menyesali perjuangan di lalui, tetapi lantaran meluahkan sebak yang terbuku di dada.
Sejak awal 2006 saya memberikan sepenuh masa saya untuk perjuangan. Pejabat saya adalah Pusat Khidmat di Markas DUN Batu Rakit. Dari pagi hingga petang dan kadang-kadang sampai ke malam saya berada di situ.
Sunnah perjuangan. Kadang-kadang rintihan tak dapat di elakkan seperti cacatan saya dalam posting ini. Akan tetapi sebenarnya itulah kemanisan dalam berjuang. Sedikit kejayaan yang di capai selepas susah itu adalah satu kebanggaan yang sukar di gambarkan..
Selepas MEMBARA ke 2, ada sedikit lebihan duit yang di persetujui oleh sahabat Pemuda DUN supaya di beli sebuah kamera digital untuk merakam setiap program yang di anjurkan agar dapat di jadikan bahan sejarah. Sebahagian gambar-gambar tersebut saya abadikan di dalam blog ini. Namun malang, mungkin kerana kurang pengalaman menjaganya, kamera tersebut telah rosak kini sejak awal 2009 yang lepas menyebabkan aktiviti pemuda tidak lagi dapat di rakam.
Lebih malang lagi semua gambar yang telah di ambil sebelum ini, yang tersimpan d dalam laptop ini telah hilang baru-baru ini apabila sahabat yang mengformat semula program komputer telah terlupa menyimpan dokumen yang ada. Menyebabkan kesemua fail dalam My Dokument telah lesap begitu sahaja. Sedih tak terkata lantaran hasil kerja selama 9 tahun yang tersimpan hilang sekelip mata..
Pada tahun 2007 selepas Mesyuarat Agung PAS Kawasan, saya di amanahkan sebagai Setiausaha PAS Kawasan dengan melepaskan jawatan Setiausaha Pemuda kepada Sdr Zaidan Abdullah, Graduet UITM untuk memberi nafas baru kepada pergerakan parti di Kawasan Setiu.Dengan tugas baru itu memberi sedikit kesan kepada tumpuan menguruskan Pemuda DUN. Banyak urusan saya serahkan kepada sahabat lain. Bagusnya mereka semakin mahir mengendalikan program dengan saya lebih kepada menjadi pemantau dan penasihat walaupun masih menjadi Ketua. Sehingga saya boleh berbangga dengan mereka apabila sampai masa saya boleh serahkan terus jawatan Ketua Pemuda DUN kepada salah seorang mereka.
Kami di uji lagi dengan pemilihan calon yang pada pandangan kami tidak begitu sesuai. Kerja Pilihanraya menjadi sedikit pincang. Tidak ada persefahaman antara jentera Parti/ Bilik Gerakan dengan Jentera calon. Hasilnya.... ya! mungkin bukan DUN kami sahaja yang kalah, bahkan matlamat memerintah negeri juga tidak tercapai melalui PRU tersebut.
Pemilihan semula kepimpinan Parti tahun 2009 menyaksikan rombakan lagi. Pengunduran Ust Shaharizukirnain daripada Dewan Pemuda Kawasan lantaran melewati usia pemuda, memberikan ruang untuk saya di amanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Setiu bagi sessi 2009-2011. Jawatan Setiausaha PAS Kawasan di serahkan kepada orang lain pula.
Dengan posisi sebagai ketua Pemuda Kawasan, bagi tujuan memantapkan pergerakan di DUN, maka dengan resminya saya menyerahkan Ketua Pemuda DUN kepada Sdr Zulkifli Mat Jusuh beberapa bulan selepas itu sementara menungggu beliau bersedia.
Blog ini pada asalnya adalah untuk mengisi, melaporkan aktiviti dan menjadi blog resmi Pemuda DUN Batu Rakit, walaupun hanya catatan peribadi saya. Kini oleh kerana tidak ada pengganti untuk mengendalikannya, maka dengan jawatan saya selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya DUN, blog ini juga selepas ini akan menjadi tempat untuk melapor dan mengisi program-program DUN semua peringkat, bukan hanya setakat aktiviti pemuda.
Banyak lagi yang mahu di abadikan catatan berkenaan Pemuda DUN, tetapi perjuangan ini masih panjang. Masih banyak yang perlu di pelajari dan di laksanakan dalam meneruskan gerak kerja perjuangan sehingga tercapai cita-cita kemenangan dengan harapan terbesarnya adalah terkorban syahid sebagai puncak kejayaan dalam perjuangan, InsyaAllah...
Ahad, 6 Disember 2009
Selasa, 22 September 2009
Majlis Pemuda Sempena Ramadhan & Idulfitri
Pemuda DUN Batu Rakit 2004-2009 - 2
.bmp)
Saya tidak katakan Sof Pemuda DUN yang saya bentuk selama beberapa tahun ini adalah sof yang begitu mantap. Tetapi sekurang-kurangnya saya telah asaskan kekuatan bagi pembinaan seterusnya di masa hadapan.
Sememangnya proses tarbiyyah manusia bukan satu kerja yang mudah. Tugas ini memerlukan hubungan yang begitu kuat dengan rabbul aalamin yang mencipta manusia itu sendiri. Lantaran itulah murabbi yang melaksanakan tugas tarbiyyah ini mestilah juga mereka yang mempunyai hubungan dengan anugerah daripada Allah seperti Rasul-Rasul Alaihimussalam.
Di akhir zaman begini, dengan begitu jauhnya kita daripada zaman kenabian, semua kita memerlukan tarbiyyah. Sama ada pemimpin mahupun pengikut adalah sama-sama perlu di tarbiyyah mengikut peringkat masing-masing. Untuk mengharapkan suatu yang sempurna daripada proses itu tentulah amat payah, bahkan tidak mampu di capai oleh siapapun di zaman ini.
Pimpinan besar dalam jemaah sekalipun seperti Mursyidul Am dan Presiden, mahupun tokoh-tokoh tarbiyyah dalam jemaah masih lagi banyak kelemahan dalam soff yang mereka bentuk berbanding generasi awal yang menempa kegemilangan bagi ummat ini.
Sepanjang sekitar enam tahun memimpin Pemuda DUN Batu Rakit, saya
Sedikit demi sedikit apabila teori dalam kertas kerja itu di bawa keluar melalui aktiviti dan pengisian praktikal, secara tidak langsung mereka mampu menyerap kebingungan dalam memahami istilah-istilah tarbiyyah yang begitu payah di fahami melalui syarahan dan kuliah.
Pun begitu sebagaimana di sebutkan diatas, kesan dan hasil yang di harapkan masih lagi jauh untuk di capai dalam erti kata kesempurnaan. Biarlah saya dan mereka terus belajar erti perjuangan ini mengikut kemampuan dan anugerah Allah. Sebagaimana selalu saya peringatkan kepada mereka bahawa kita mestilah berjuang mengikut kemampuan yang kita ada, bukannya mengikut kemahuan kita. Tentulah ada perbezaan antara kemampuan dengan kemahuan…
Bersambung…… InsyaAllah.
Isnin, 14 September 2009
Di Penghujung Ramadhan


Sabtu, 29 Ogos 2009
‘Kaki Ponteng’ Puasa Tidak Hirau Masyarakat
Tinjauan Sinar Harian di Pantai Batu Rakit sekitar jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari mendapati sebuah kedai makan yang terletak di atas bukit berhadapan masjid besar di kampung tersebut turut menjual makanan kepada ‘kaki ponteng’ puasa.
Hasil tinjauan Sinar Harian kira-kira dua jam di premis berkenaan juga mendapati beberapa ‘kaki ponteng’ terutama belia bermotosikal tanpa segan silu membeli makanan di kedai makan berkenaan dan ia berlaku sejak hari pertama umat Islam berpuasa.
Penduduk sekitar sini mendakwa mereka langsung tidak menghiraukan masyarakat sekeliling.
Turut berbuat demikian adalah beberapa lelaki berumur yang mungkin datang dari luar kawasan kerana mudah mendapatkan makanan dan minuman di situ.
:Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pantai Batu Rakit, Zainaldin Ismail, 36, ketika dihubungi bagi mengulas isu berkenaan berkata, perbuatan menjual makanan kepada umat Islam di premis tersebut sudah bermula sejak tahun lalu.
“PBT perlu memandang serius masalah ini kerana bidang kuasa jawatankuasa JKKK adalah terhad, sepatutnya pihak berkaitan melancarkan operasi di semua kedai makan yang dikenal pasti menjadi tumpuan umat Islam membeli makanan secara terbuka,” katanya.
Zainaldin berkata, bagi peniaga makanan bukan Islam pula mereka sepatutnya memberikan kerjasama dengan mematuhi peraturan dan tidak menjual makanan dan minuman kepada umat Islam lebih-lebih lagi secara terbuka pada bulan Ramadan ini.
Sementara itu, salah seorang ‘kaki ponteng’ yang ditemui Sinar Harian berkata, pelanggan beragama Islam boleh membeli makanan dengan mudah di premis tersebut termasuk menghubungi mereka terlebih dahulu sebelum datang mengambilnya kemudian.
Rabu, 12 Ogos 2009
Futsal Padang 2009
Rabu, 29 Julai 2009
Pemuda DUN Batu Rakit 2004-2009 - 1


